Jum terjah mood15..... :-)

13.4.13

Proses beli rumah

Aritu lepas da confirm nak beli rumah di SD , saya jumpa dengan ejen hartanah...called Elvin from Real leaders Sdn Bhd..(agaknya lah..tak ingat nama company)..nice dan smart jugak lah mamat ni :-)

pertama sekali, saya kena bayar 2% dari harga rumah untuk booking fee.itu memang prosedur biasa untuk kita yang betul2 nak rumah tu.Alhamdulillah ada duit tu dalam ASB,so keluarkan je lah...heee.
Tapi kena ingat ya kawan2,kalau nak beli rumah then agent minta more than 5% booking fee,memang agak mengarut lah.. kalau dia nak juga,dan kita pun sangat berkehendak dengan rumah tu,kita minta untuk bank in direct kepada owner..Ingat,jgn sekali2 kita bagi kat agent duit cash..sebab bahaya kalau takde transaksi ni..melayu ke,cina ke,india ke,kalau depa nak tipu senang2 buto yo kalau kita ni bahalal sangat... hik!..

Yang kedua, Elvin ni pun duk lah promote kami dengan banker2 @ agent2 banker ni dgn application kitorang..Org pertama yang saya jumpa is Nicholas dari mana ntah...Nichol suggest to me OCBC,Alliance and RHB.. try dulu memana katanya since dia kata,dokumen Mr Smart actually takde masalah since takde hutang dengan bank tapi tak strong sangat..sebab bank ni bijak. susah nak lepaskan application individu yang tak pernah berhutang langsung.. tarak track record katanya..macam Mr Smart ni plaks ,dia ada pinjam ASB Loan RM10K bulan 12 tahun lepas , so boleh lah nak try apply , sebab bank ni selalunya akan menganggap bahawa seseorang tu ada track record kalau memana loan yang dia ada melebihi setahun.. kalau less than it,means tak strong sangat lah..

Sian Mr Smart,dulu dan kini,merasakan bahawa orang yang berhutang ni tak bagus,tapi sebenarnya merumitkan diri dia juga sebab takde bank yang mengenali dia,apatah lagi Bank Negara... tak macam saya... Bank Negara da  familiar lah kot dengan saya ni..hutang keliling pinggang... :-)

Yang  ketiga,takde apa2 lagi..tunggu proses seterusnya iaitu jawapan dari pihak bank...nantikan karutan seterusnya dalam seminggu dua nanti yang sayangssss...

bye,assalamualaikum.




No comments:

Post a Comment