Jum terjah mood15..... :-)

20.11.14

Belief ke believe...

sebenaqnya b4 ni aku rasa sama ja belief ka believe ka....iaitu percaya...cuma beza tang spelling dia ..

tp ekceli kalau kita google translate, belief tu maksud kepercayaan
                                                           believe tu plak percaya.

makna kata,satu tu boleh kata noun satu tu verb.cth ayat :
              I believe that my God is one and only One.
           I have belief that my God is One and only One.

haa... nampak tak beza dia? kann ?... 

so napa aku nak buat entry pasal believe or belief ni..? 

meh nak citer sikit.

kita ni kan,kena ada belief kat diri kita..sblm hang nak believe orang,bek hang believe diri sendiri.

kenapa? kerna kita ja sendiri tau kekuatan dan kelemahan kita..so please la...believe ur self.

  "Believe in yourself,believe u can succeed.." 

How to develop belief nih ?

yang pertama,

think success,dont think failure... kat tempat kerja ka,rumah ka,kat luar rumah ka,bila kita ada masalah atau berdepan dgn suasana yg mencabar,terus pikir, 'aku boleh hadapi semua ni'.

yang kedua,

remind urself selalu that u re better than u think u re.
orang2 berjaya ni bukan supermen,dan nak berjaya ni tak perlu nak inteligen sangat.atau nak berjaya pun,xperlu ada mistik atau based on luck.tp successful people adalah mereka yang ada developed belief in themselves and what they do. Never yes,n never sell urself rendah dari nilai sebenar diri kita.

yang akhir sekali,

believe big.size of success is determined by the size of ur belief.think small goals,akan dapat small achievement.think big goals,akan dapat big achievement..ingat tau! sbb nobody can do 4 u.u do it urself.

jadi,power of belief ni pun ada jalan kerja nya..iaitu,kita kena ada 

1. What to do list.. 

senaraikan target/sasaran kita.senaraikan banyak pun takper sbb bukan semua pun kita akan berjaya capai punnn kan?.and only kita ja can command ourself wat to do,wat to think..

2. how to do it ..

plan kan method utk kita mencapai sasaran kita.. sekarang ni da abad 21.banyak cara utk kita praktikal kan utk mencapai apa yg kita nak.and only kita yang boleh evaluate progress kerja kita

3. meet the acid test .. 

result.. get result dari setiap sasaran kita..kalau x capai,kita boleh buat corrrective action sendiri.in short,we are going to train ourself to achieve bigger n bigger..


senang ja nak berjaya,insyaallah....

sekarang pun aku tgh percaya yang akan pencen awal dari tarikh aku letak kat surat JPA dulu...

nak fokus kat family,nak didik anak (anaks) sampai depa boleh berdikari..amien.










14.11.14

Apa yang kita sibuk?

Assalamualaikum..

nak update blog ,rasa sibuk pulak... so i share satu artikel dari ABD RAZAK MUTHALIB  dari sinar harian je lah yek...hehe..

tajuk best n sesuai kita baca utk motivasi...

jum baca ....





*Gambar sekadar hiasan*



ADA yang ketawa keriangan. Ada yang menangis kesedihan. Ada yang senang hidup penuh kemewahan. Ada yang derita hidup penuh kesempitan. Ada yang teruja nikmati bahagia. Ada yang resah ditimpa masalah. Ada yang tabah hadapi musibah.

Ada yang miskin dan terus menjadi miskin. Ada yang kaya dan semakin bertambah kaya. Ada yang pernah jatuh, hari ini bangkit semula. Ada yang dahulu tiada apa-apa, hari ini dihormati dan disanjung manusia. Ada yang dahulu dipandang mulia, hari ini menjadi hina. Ada yang dahulu megah ditampuk kuasa, hari ini menjadi rakyat biasa. Ada yang dahulu bicaranya sombong dan bongkak, hari ini bagaikan pengemis menagih simpati merangkak-rangkak.


Kehidupan sentiasa bergerak

Ada pelbagai cerita dan warna. Selagi adanya kehidupan selagi itulah cerita-cerita sebegini akan terus berjalan. Ahli sukan bercakap mengenai sukan. Tukang masak bercakap soal masakan. Usahawan bercakap perihal perniagaan. Guru-guru bercakap soal pendidikan. Artis bercakap soal seni lagu dan lakonan. Ahli politik bercakap soal pemerintahan. Tidak kurang juga yang asyik berbincang bagaimana lagi mahu mengumpul kekayaan.

Selama nyawa masih dipanjangkan, selama itulah kita semua akan sibuk dengan kehidupan. Meneruskan kehidupan yang entah sampai bila. Anak-anak pergi ke sekolah bagi meneruskan kehidupan menimba ilmu dan membentuk diri. Ibu bapa terus bekerja membanting tulang mencari rezeki bagi menyara anak-anak dan isteri. Graduan universiti sibuk mencari peluang pekerjaan. Anak muda bujang sibuk pula mencari pasangan. Masing-masing sibuk mengatur kehidupan diri sendiri.

Dunia hari ini seakan-akan tiada bezanya antara siang dan malam. Kesibukan manusia seperti tiada henti. Siang dan malam penuh dengan aktiviti. Ada kesibukan yang menjemput pahala.

Ada juga kesibukan yang mengundang dosa. Dalam kesibukan itu, ambil sedikit masa untuk bertanya diri, berbaloikah aku sibuk selama ini? Ada orang yang kesibukannya bukan setakat fikir mengenai diri sendiri, bahkan memikirkan juga hal orang lain.


Ringankan tangan

Tidak boleh melihat orang lain dalam kesusahan. Ringan tulangnya membantu. Kebaikan yang dihulur tidak hanya berlegar di kawasan setempat, malah merentasi sempadan negeri ke peringkat antarabangsa.

Ada orang yang resah hatinya melihat orang lain jauh dari hidayah, lalu digerakkan usaha dakwah. Kehidupannya sibuk dengan dakwah. Menyeru orang lain ke arah kebaikan dan jika ada kemungkaran dicegahnya mengikut kemampuan. Segala ruang dan kudrat digunakan untuk dakwah, mengajak manusia kepada sunnah Rasulullah SAW. Dakwah menyebabkan dirinya sibuk.

Ada orang yang tidak sanggup membiarkan kebenaran dan keadilan dicabul dan dinodai. Hidupnya sibuk dengan perjuangan menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman. Biar dirinya diseksa dan di penjara, namun semangat perjuangan tetap membara bebas merdeka.

Berjuang bukan untuk dirinya, namun demi kesejahteraan umat dan generasi berikutnya. Ada orang hidupnya penuh kesibukan sehingga menjadikan dirinya lupa Tuhan. Kewajipan diabaikan. Agama dan dirinya berjauhan. Tidak sempat untuk hadir solat jemaah dan kelas pengajian. Baginya setiap minit adalah duit. Semakin dicari semakin rasa hendak lagi.


Dosa, pahala

Sibuknya mengumpul harta dengan apa sahaja cara. Halal dan haram tiada beza baginya. Kesibukan menyebabkan dia terlupa adanya soal pahala dan dosa. Kesibukan ini tidak akan berakhir sehinggalah berakhirnya kehidupan. Pengakhiran sebuah kehidupan yang hakikatnya menjadi permulaan kepada sebuah kehidupan. Telah sampai ke destinasi. Kehidupan akhirat yang kekal abadi. Di sana kesibukan kita di dunia akan dinilai.

Tidak ada yang akan diabai. Satu demi satu. Beruntunglah bagi mereka yang kesibukannya di dunia membawa ke syurga. Rugi dan rugilah mereka yang kesibukannya tidak membawa apa-apa makna bahkan lebih rugi jika kesibukan itu menghumbannya ke lembah neraka. Tiada lagi erti penyesalan. Akhirat tempat menerima balasan.

Dalam kesibukan mengatur kehidupan, berhenti sejenak untuk bertanya diri. Berbaloikah apa yang aku lakukan hari ini? Berbaloikah kesibukan dan kepenatan yang aku tanggung selama  ini?

Selagi ada peluang untuk hidup, lakukan muhasabah. Buat penambahbaikan. Aturkan kehidupan selari dengan matlamat penciptaan. Berperanan sebagai seorang hamba dan khalifah. Suburkan bumi dengan benih kebaikan. Hulurkan jasa kepada manusia. Biar kita sibuk kerana ALLAH. Biar kita letih kerana agama. Biar semua kesibukan dan keletihan menjadi penyebab untuk kita nikmati kerehatan dan kenikmatan syurga.

Jika kita ditanya: "Apa yang kau sibuk sangat?!". Jawablah: "Aku sibuk kerana aku masih hidup. Hidup untuk kumpul pahala kerana mati boleh datang bila-bila."





10.11.14

kecik2 da pg Aquaria

Last time,sit with my bff,kitorg rancang nak abiskan masa bersama... then,my husband said 'Aquaria lah..i boleh tolong uolss dapat tiket murah.kawan kerja situ'.... ngeh2 peluang baik since x penah pg plus leh kenalkan Nasyrah dgn fishhhh.... Nasyrah x penah tgok Fish hidup2 uolss....kesian kannnn??....

Slap ur ibu face Nasyrah,sbb ko baru 8 bulan kot time tu....haippp.

Then,

weollss pun set la pergi sana berjemaah...





Umi diya,ada kutu terbang lah..meh lya tolong kibas.

Ramai lagi yg pergi sama,tp hak dlm gambar ni dtg awal.yg len,padan muka x dapat masuk blog i...ngehh


Lya Nasyrah nampak ada food dlm aquarium...nak jugak ke lya?



eh..eh.. ikan kecik tu nk ngapp lya,..


Bu,kita masak ikan ekor kuning tu mesti sedapkan bu??


Ibu pinjam camera jap.nak masuk dalam aquarium amek gmbr sharkk..



ikan ni mcm betis abah , ibu....huh? 


Gamat tu Nadhrah..yang hitam melengkung tuh..

Ok..lya nak satu ibu,nak bg atuk makan ....boleh ?



Fishhh.... best x swim dalam tu??.. senyum lebor ya lya.

To be honest,memang syok pegang anak jalan2,tp sbb lya ni berat 8kg wehh... lenguh tangan mak!!..almaklumlah..mak x gheti nak bawak stroller kat tmpt2 yang sesak n bertangga...huhu

Tp x sia2 la pergi sini,korang boleh bawak anak2 datang sini instead pergi shopping mall teman korang abiskan duit laki.. seyes..sbb kat sini,anak kita walaupun masih baby,tapi boleh belajar melihat sesuatu yang memang x kan ada kat umah kita... piranha?korang ada bela ke kat rumah? shark ke?gamat hidup ?penyu ?..xdakan ? so,bg anak2,benda2 baru macam ni amat penting utk diorang belajar.apatahlagi anak yang dah umur 2-3 tahun tu... 

Dulu,aku kecik2 tak penah dapat ilmu mcm ni... harap ikan kat parit depan rumah ja... ada apa je pun.. ikan lundu,ikan betuk.. lagi? sampah sarap insan2 yang x gheti nak hargai alam sekitar..

Ok,kalau nak tahu pasal AQUARIA ni,cthnya tang rege tiket,bukak hari apa pukul baper n mcm2 lagi,korang tgok kat website bawah ni eh...


http://www.jomjalan.com.my/listings/aquaria-klcc-2/


takpun, like ja kat https://www.facebook.com/AquariaKLCC

senang kan ? leh baca apa yang aku merapu and dapat ilmu pasal Aquaria....please say Alhamdulillah... :-)


Ok Lya.. camner tour kita ?..apa pendapat lya?



sadis....Lya tidur sebelum tamat lawatan sambil belajar d Aquaria.... huhuhu...

9.11.14

Inisiatif tingkatkan diri dengan MEMBACA


Oon ,gadis miskin yang pendiam
Atul, Arkitek yang berjaya
Govind,happy go lucky boy.  (semua ni cth dan tiada kaitan dgn hidup mati i,ok)

'A person is a product of his own thought'
(Satu ayat aku capture dari buku David J.Schwatz,Ph.D)


kita ni kan,ada masa kita down,ada masa kita up. semuanya adalah bermula dengan bagaimana pemikiran kita berjaya menguasai diri kita.

Ada sorang kawan aku,dia sangat admire dengan sorang businessman ni... she said " En Badxxx memang power la dgn busines dia,teruja la nak jadi mcm dia.berjaya..tp aku rasa susah nak jadi macam dia'

Apa yang dia kata tu,disappointed me very much uolss ...because aku kenal businessman tu.Dia bukan yang superintelligent mana pun.bukan orang yang super power atau super-anything pun.kecuali...Superconfident..En Badxxx ni confident je lebih yang dia among the best,dan dia acts and performs the best...then kawan yang aku kenal ni plak,da la superskema,study smpi Acca,ada kedai online lagi...so,kalau dia confident,aku rasa dia lagi berjaya dari En Badxxx tu...

Its fine to respect orang yang berjaya.kita belajar dari dia,observe cara dia ,study them..But.. dont worship them.Juz believe u can surpass,believe u can go beyond....enough.

Macam aku jugak,penah satu masa,lepas mingle dgn kawan2 yang superbbb ... aku balik umah,termenung sorang2 dekat sofa..Why?? aku tanya diri sendiri..kenapa aku x hebat mcm diorang eh? terer la diorang...semua benda diorang tahu..pandai bercakap,banyak ilmu..bos sayang...pandai buat kawan inspire..

am i just a middle-class pipel? aku compared myself with them on intelligence.mmg aku rasa diorang lg pandai tp  aku x nampak pun dat they excelled in the brains development..apa diorang makan,aku makan,apa diorang buat,aku buat.apa diorang tgok,aku tgok..kadang tgok diorang lagi merapu dari aku,makan cekedis,layan korea x abis2... so??

and finally,aku dapat tangkap satu perkara yang berkualiti dari diorang,yang aku x buat tp diorang buat....On this point,my record showed i was far below than my successful frenss...

It is about Initiative...

Inisiatif apa ?

Inisiatif untuk know the world,influence people dengan MEMBACA... rupanya,everytime diorang tgok handphone,bukan habis 80% masa dengan mengadap fb,tweeter,instag,line,or watsapp only...
tu semua takes only 20% ja..another 80% diorang buka the star online,wikipedia,online news,books online,Quran Online...perghhh...

 aku ? tak habis2 dgn fb..fb..watsapp..instag.... online news?mmg pemalas....

So,nak jadi hebat mcm diorang ,aku kena ada inisiatif diri...banyakkan membaca supaya aku sama hebat dengan diorang..bukan takat tu ja,malah aku akan lebih hebat dari diorang.dan yg paling penting,setiap inisiatif yg aku buat utk tingkatkan diri akan membuatkan aku confident utk menjadi produk yang berjaya.

Believe in yourself,and good things do start happening.

InsyaAllah...











5.11.14

SPM ?? pergh...gabra .

ingat 10 tahun dulu masa nak SPM,duk asrama kat maahad...asrama besar tapi gegerls student SPM ada dalam 20 orang ja yg duk situ.. macam2 kes happen..kes hantu lah, ada orang mengintai lah,orang baling batu kat dorm lah..kitorang tuang asrama g tepeng lah...macam2.. semuanya ujian utk gegerls mcm kami ni nak exam SPM.

ingatkan susah sangat exam SPM ni... tapi sebenarnya sama ja macam exam2 yang kita lalui setiap semester sekolah.Cuma sbb da paper,kementerian,mak bapak dok highlight SPM ni penentu masa depan,so otomatik otak jadi tepu sekejap pastu gabra semacam...ntah apa2 kan diorang ni... SPM ja punnnnnn....

penting SPM ni sbb nak cert ja.....pada i lah.sbb tanpa cert SPM,kat Malaysia ni susah nak cari makan.pastu malu nak tulis status pendidikan kat borang nikah kalau belajar takat PMR ja..so kena amek SPM gamaknya semua orang Malaysia ni..hehe

kenapa ku kata SPM ni penting sebb cert ja ? sbb nya,..result SPM korang tu x menjamin yang korang akan berjaya dlm kerjaya masa depan pun.....

ramai student..(x semua..) yang amek SPM ni duk kisah dgn Exam ja,solat ntah kemana,perangai sosial ke mana..etika dgn mak bapak ke mana....

bila aku da lalui zaman belajar kat uni ,zaman kerja kat O n G co,kerja kat Uni..,aku baru sedar , student yg result SPM gila power sekali pun,tapi kalau EQ kurang,memang orang tu xkan kemana2...

ada jer,yg dulu SPM havoc giler result dia,tapi last2 baru smpi semester 5 da kena dismiss uni.sbb malasss nak study,kantoi meniru dalam dewan takpun bercintan cintun .. ada jugak yg org havoc result SPM dia,masuk kerja baru 3-4 tahun da kena depression sbb x gheti nak manage jobs scope yg boss bagi..Ada juga yg kat kg dulu ,result SPM hebat,tapi sbb x berani nak 'hijrah',so terperuk la kat takuk yg sama... .

dan... ada plak yang result SPM cukup2 makan ja,tapi gaji tip top,ada kereta besar,rumah besar,anak2 bahagia n islamiah... dan kalau uolss tanya dekat orang2 yang kaya raya sekarang ni,depa ada result spm yang elok kah?.... mmg ada yg result elok,sbb ada dr keturunan  mmg suka membaca,pandai urus masa,SPM buat baik2 then pandai pk masa depan,senang kata EQ dia hebat lah...
Tapi ramainya jugak yg SPM depa cukup makan ja,tapi determination diri bagus dan EQ Tip top.So depa tahu cari peluang rezeki depan mata.tak payah nak kerja kat tempat ekon,kerusi empuk..berbudi dgn tanah pun boleh taburkan income berpuluh ribu sebulan.. pandai amek kemahiran macam menjahit,memasak pun leh jadi glamer...takpun,amek kemahiran kat niosh,g minta kerja kat laut,konpem gaji berpuluh ribu gak..apatah lagi kalau masuk kapal ke obese...memang perghh...

betul..kalau kita nak kata ini rezeki masing2..mungkin ada hikmah orang tu jadi mcm ni,jadi mcm tu... tapi haq yang aku tulis ni sbb nak bgtahu kat budak2 yang tgh amek SPM ni,jgn stress sangat... rileks2 sudah... i risau sbb da mcm trend plak kat Malaysia ni,result exam x elok,mak bapak tetiba ja mcm xnak mengaku anak,student kecewa result,p bunuh diri.... dah kenapa uolss??

please la pikir panjang sikit... yek?

hidup kita ni sebenarnya x cukup kalau hanya IQ ja tinggi... tau IQ? Intellectual Quotion..
nak tahu IQ tu dgn panjang lebar,tanya pakcik google eh..jangan malass...

kita ni,espeselly orang islam kena seimbang antara IQ dan EQ...
eh..EQ apa plak?? tanya pakcik google jugak lah ye...


bila IQ dan EQ seimbang,insyaallah kita akan mencapai SQ yang lebih seimbang .IQ tinggi yg di iringi dgn EQ yang sama tinggi,seseorang manusia itu pasti akan lebih paham matlamat hidup iaitu
Lilla hi taala..itulah SQ yang sebenar...

So,bila Lillahitaalla, sesorang yg keluar dari SPM pasti akan pandai atur perancangan hidup yg lebih baik.kita akan Tau sebab kenapa perlu belajar kat uni,fokus dan bila dapat kerja yang elok, tahu mcm mana nak dapat rezeki yang halal serta buat kerja dengan ikhlas,jujur dan amanah... ini barulah d katakan berjaya... bukan harap kat exam SPM ja..yek??