Assalamualaikum,
Perkongsian ,
Bertemu buku dengan ruas = sesuai,seimbang
Hari ni sangat excited untuk baca sikit info tentang PRU13..sebabnya?? malam ni saya ada meeting dengan sahabat2.normally adalah bicara ilmu yang akan kami keluarkan,dan pastinya mungkin malam ni kami akan bincang isu hot sekarang ni pasal PRU 13.
Sambil2 cari tu,macam2 versi cerita,komentar dan pandangan tentang sapa yang akan menang kali ni..Bagi saya,saya akan a.k.a wajib balik Muar untuk mengundi nanti..sebab inilah masanya untuk kita tentukan siapa pemimpin yang selayaknya membimbing negara kita sebaiknya.Malaysia ni,memang nampak sangat aman takde perang bagai macam kat luar negara sana,tapi konflik dalaman sangat hot jugak.Boleh tikam lidah n putus sedara lah kalau bicara pasal politik ni...kan?
Cuma,ingat ya kawan2.. dalam kita tak sabar menunggu masa untuk mengundi nanti... tak perlulah nak fanatik sangat dengan team yang korang pilih tu.. be natural dan jgn terlalu ikutkan emosi...kali ni pasukan kerajaan BN dah temu pesaing yang terbaik. Kerajaan BN memang tak boleh duduk diam sebab dia dapat pasukan pembangkang yang sangat agresif dan energetik.
Rasanya da banyak improvement kerajaan BN ni,cuma kalau mungkin ada umat2 dalamannya yang masih bermain dengan politik wang dan tidak menggunakan akal fikiran yang waras bila bertindak,memang patut benteras awal2..jika tidak, rakyat tidak akan lagi menghormati kerajaan BN dan pasti benci sebencinya dengan parti ni time election nanti.. tul taks ?
Wujudnya parti pembangkang yang pandai mendekati rakyat dengan menunjukkan kebajikan sana dan sini, (tak lupa mereka ni pandai juga ajar rakyat berdemonstrasi dan bongkar keburukan BN.. :-) ) apatah lagi ada wakil parti pembangkang ni buat kerja sosial seperti sponsor projek pendidikan dan sebagainya,actually memberikan idea dan buah fikiran kepada parti kerajaan untuk berbuat sesuatu untuk rakyat..Dan hari ini kita dapat tgok macam2 perancangan yang sudah dijalankan seperti BRIM,BLIM,voucher buku,kedai rakyat dan sebagainya.. inilah masanya BN merancang dan menguruskan hal2 wajib untuk masyarakat Malaysia yang tak pernah jemu mengharapkan kerajaan yang menjiwai rakyatnya..
So,dua team ni sebenarnya boleh buat check n balance untuk pemerintahan dalam Malaysia.. Insyaallah kita harapkan yang terbaik untuk semua.
Ohya,lagi satu yang terpenting dalam proses pemilihan pemimpin ni,saya terbaca yang Lim Kit Siang mencadangkan satu formula untuk menang dalam PRU akan datang..dengan cara,Melayu sokong DAP,Cina India sokong PAS atau PKR...ehemmmmmmm.... kita tgok sikit manual kita jap :
Surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah menolong
sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha
Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi
nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang
makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali
segala urusan”.
Justeru,berhati-hatilah dalam memilih pemimpin kerana kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....
Do the best to all the parties and Gud luck.
Assalamualaikum.
16.4.13
13.4.13
Proses beli rumah
Aritu lepas da confirm nak beli rumah di SD , saya jumpa dengan ejen hartanah...called Elvin from Real leaders Sdn Bhd..(agaknya lah..tak ingat nama company)..nice dan smart jugak lah mamat ni :-)
pertama sekali, saya kena bayar 2% dari harga rumah untuk booking fee.itu memang prosedur biasa untuk kita yang betul2 nak rumah tu.Alhamdulillah ada duit tu dalam ASB,so keluarkan je lah...heee.
Tapi kena ingat ya kawan2,kalau nak beli rumah then agent minta more than 5% booking fee,memang agak mengarut lah.. kalau dia nak juga,dan kita pun sangat berkehendak dengan rumah tu,kita minta untuk bank in direct kepada owner..Ingat,jgn sekali2 kita bagi kat agent duit cash..sebab bahaya kalau takde transaksi ni..melayu ke,cina ke,india ke,kalau depa nak tipu senang2 buto yo kalau kita ni bahalal sangat... hik!..
Yang kedua, Elvin ni pun duk lah promote kami dengan banker2 @ agent2 banker ni dgn application kitorang..Org pertama yang saya jumpa is Nicholas dari mana ntah...Nichol suggest to me OCBC,Alliance and RHB.. try dulu memana katanya since dia kata,dokumen Mr Smart actually takde masalah since takde hutang dengan bank tapi tak strong sangat..sebab bank ni bijak. susah nak lepaskan application individu yang tak pernah berhutang langsung.. tarak track record katanya..macam Mr Smart ni plaks ,dia ada pinjam ASB Loan RM10K bulan 12 tahun lepas , so boleh lah nak try apply , sebab bank ni selalunya akan menganggap bahawa seseorang tu ada track record kalau memana loan yang dia ada melebihi setahun.. kalau less than it,means tak strong sangat lah..
Sian Mr Smart,dulu dan kini,merasakan bahawa orang yang berhutang ni tak bagus,tapi sebenarnya merumitkan diri dia juga sebab takde bank yang mengenali dia,apatah lagi Bank Negara... tak macam saya... Bank Negara da familiar lah kot dengan saya ni..hutang keliling pinggang... :-)
Yang ketiga,takde apa2 lagi..tunggu proses seterusnya iaitu jawapan dari pihak bank...nantikan karutan seterusnya dalam seminggu dua nanti yang sayangssss...
bye,assalamualaikum.

4.4.13
Beli rumah
Dah masuk 4 hari saya dok riki kat internet,mana rumah yang nak di jual dengan harga yang boleh lepas dengan kedudukan ekonomi saya dan Mr Smart... pening jugak kan bila nak beli rumah ni... Ciri utama untuk saya mencari rumah adalah lokasi..
Saya akan pastikan lokasi adalah strategi dan yang paling penting mudah nak pergi opis kat sg buloh ni. Pada mulanya dok tgok kat area sg buloh lah..memang tak nafi,banyak rumah yang murah di kawasan terdekat dengan sg buloh ni macam Paya jaras,saujana utama dan mungkin juga puncak alam.
Tapi,memandangkan sekarang ni da dok Sri Damansara,rasa sayang pulak kalau tak cari area tu.. sebab kawasannya selesa dan tenang,penuh dengan fasiliti awam seperti Shell,petronas,bank,Guardian, kedai makan, Mcd,Papparich,ayamas,TWINTECH college dan manyak lagi loh... dan ..dan..dan..yang paling penting sri damansara ni dekat juga dengan Hospital Sg Buloh.(senang kalau kita sakit,dekat nak jumpa misi dengan dokter)
Bagi sesiapa yang tak pasti kat mana lokasi Sri damansara ni,senang ja..ia berdekatan dengan tol penchala ke Ikea,The Curve,OU dan banyak lagi lah kawasan strategi...kalau dari PLUS highway bagi sesiapa yang dari arah ipoh atau seremban,kena exit SG buloh..then amek kanan menghala ke kepong... lepas tu kita akan nampak signboard Sri damansara belah kiri... kira kawasan ni sangat strategi kalau nak ke KL ataupun ke Utara lalu jalan dalam...Bandar sri damansara ni pun pernah menang dalam the Fiabci Malaysia Property Award 1996
So,tanpa buang masa yang ada,saya banyak riki apartment di area sri damansara ni..nak cari landed house,memang buat masa sekarang ni memang tak mampu...kat situ,landed house boleh cecah sampai 500-600K kot.gila mahal! baik kita beli rumah dekat area Melaka,N sembilan atau pun kedah ...bagus untuk hari tua kita nanti.
Jadinya, semalam dah tgok rumah dekat SD 2 apartment. tingkat 5 lah tapi nya..so jenuh lah kena bersenam hari2..huhu... kalau pikir banyak kali memang susah lah tingkat 5,manalah tahu lepas ni ada anak,memang agak sakit kepala lutut lah dibuatnya... tapi bila pikir kawasan yang sangat strategi dan menguntungkan sebab area ni dalam 5-6 tahun boleh naik sampai 40-50 K harga rumah, jadi kami terus deal untuk beli rumah..
Alhamdulillah semalam kami da bayar 2% dari harga rumah dan Sign offer letter..insyaallah semoga Allah permudahkan segala urusan... amin...
1.4.13
Persediaan dalam perkahwinan siri Indonesia
eh tajuk ?? kenapa ada indonesia di situ ?...ishhh... jgn ada kontroversi ok..actually kalau saya,honest nya saya suka membaca penulisan dari indonesia..kerana orang indonesia ni,kalau ada ilmunya,percakapan dan penulisannya,ya amat indah.. penuh dengan ketulusan dan ikhlas dalam berkata...
tajuk diatas di ulang kerana ter google plak pandangan salah seorang indonesian tentang perkahwinan ni... yuk saya share dan mari membaca bersama yaaa...
" Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Q.S. al-Nur: 32).
Anjuran melaksanakan nikah dalam Al-Qur’an mengandung beberapa tujuan baik tujuan yang bersifat pisik maupun yang bersifat moral. Tujuan yang bersifat pisik adalah untuk menyalurkan hasrat biologis terhadap lawan jenis dan juga mengembangkan keturunan sebagai pelanjut tugas kekhalifahan manusia di muka bumi.
Adapun tujuan moral dari pernikahan adalah untuk melakukan pengabdian kepada Tuhan dengan sebaik-baiknya dan dengan pengabdian ini akan diharapkan adanya intervensi dalam kehidupan berkeluarga yang akhirnya akan melahirkan generasi-generasi yang taat dan shalih.
Sakralnya tujuan yang terkandung dalam pernikahan menunjukkan bahwa pernikahan bukanlah sekadar uji coba yang bilamana tidak mampu melanjutkannya dapat diberhentikan dengan seketika yang seolah-olah perceraian adalah sesuatu yang lumrah. Banyaknya terdapat persefsi yang seperti ini menunjukkan bahwa masyarakat masih memandang bahwa perniakhan hanya merupakan persoalan biologis semata.
Berdasarkan tujuan inilah maka menghadapi pernikahan harus dilakukan dengan kematangan baik kematangan dari segi material terlebih lagi dari segi moral. Dengan kata lain mendapatkan kedewasaan sebelum menikah lebih baik daripada mendapatkannya sesudah menikah.
Urgensi kematangan sebelum menikah ditandai dengan proses-proses yang harus dilalui secara berurutan seperti meresek, menanya, meminang, nikah gantung dan nikah sebenarnya. Hal ini dilakukan supaya calon suami-isteri benar-benar matang dalam mengayuhkan rumah tangganya karena proses-proses yang disebutkan tadi masih memberikan peluang untuk mengundurkan diri dari pernikahan sebelum sampai kepada pernikahan yang sebenarnya karena pengunduran diri (cerai) pasca pernikahan yang sebenarnya dapat menimbulkan korban beberapa pihak seperti keluarga dan anak-anak.
Anjuran pernikahan dalam Al-Qur’an adalah anjuran yang penuh dengan persyaratan sehingga tujuan-tujuan dari pernikahan disebutkan secara tegas dalam Al-Qur’an sekalipun sifatnya masih global.
Tujuan-tujuan pernikahan inilah yang seharusnya dijadikan bahan evaluasi baik oleh orang tua calon maupun para calon itu sendiri untuk menentukan kadar kemampuannya dalam menghadapi pernikahan.
Nampaknya tujuan-tujuan inilah yang mendasari para orang tua dahulu membuat semacam proses untuk sampai kepada pernikahan yang sebenarnya agar tujuan-tujuan dimaksud dapat direalisasikan dalam rumah tangga.
Adapun mengenai faktor biologis maka Nabi Muhammad memberikan solusi alternatif yaitu dengan melaksanakan puasa bagi yang tidak punya kemampuan untuk meredamnya. Sebaliknya Nabi Muhammad mengecam orang-orang yang punya kemampuan dalam berbagai aspek untuk menikah tapi tidak melaksanakannya dianggap sebagai orang yang anti terhadap sunnahnya. Berdasarkan hal maka pihak ketiga harus pula berperan aktif untuk mencarikan jodoh bagi orang-orang yang sangat sulit untuk mendapatkannya.
Selanjutnya,tujuan perkahwinan ....
1. sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Qur’an adalah untuk mendapatkan surga dan ampunan Tuhan, untuk menjalankan hukum-hukum Tuhan dan mendapatkan karunia Tuhan (lihat Q.S. 2: 221, 230, Q.S. 24: 320).
Adapun tujuan-tujuan yang lain seperti mengembangkan keturunan dan menyalurkan kebutuhan biologis adalah tujuan yang paling asasi dan sekiranya Al-Qur’an tidak menyebutkannya maka dipastikan bahwa tujuan yang seperti ini sudah lumrah berlaku.
2. untuk mendapatkan surga dan keampunan Tuhan sekalipun pernyataan ini tidak secara langsung ditegaskan dalam Al-Qur’an. Larangan Al-Qur’an menikah dengan orang-orang musyrik -walaupun mereka mengagumkan dalam berbagai aspek- didasarkan kepada kekhawatiran bahwa mereka akan menarik pasangannya yang mukmin ke neraka sedangkan Allah mengajak kepada surga dan keampunan.
Ayat ini dapat dipahami bahwa menikah dengan orang-orang musyrik tidak direstui oleh Allah sedangkan menikah dengan orang-orang mukmin sudah pasti diridhai-Nya. Oleh karena itu menikahi orang-orang yang diridhai oleh Allah adalah merupakan aturan yang wajib diindahkan sehingga implikasi yang akan diperoleh ialah mendapatkan surga dan keampunan.
3. untuk menegakkan hukum-hukum Allah karena lebih efektif menegakkannya dengan berteman daripada sendirian. Berdasarkan tujuan ini maka keberadaan teman menikah adalah merupakan mitra dialog yang saling memberikan kontribusi kepada masing-masing pihak dalam berbagai urusan termasuk dalam urusan menegakkan hukum-hukum Allah.
Menegakkan hukum-hukum Allah dalam kehidupan rumah tangga adalah tanggung jawab bersama suami isteri dan masing-masing pihak seyogianya memberikan kontrol terhadap pasangan masing-masing. Oleh karena itu salah satu pihak dianggap zhalim bilamana mendiamkan pasangannya melanggar ketentuan-ketentuan yang sudah digariskan oleh Allah.
4. untuk mencari karunia Allah yaitu berupa rezeki yang halal karena rezeki yang tidak halal tidak termasuk karunia Allah dan pengertian karunia disini dengan rezeki dapat dipahami dengan adanya kalimat fakir (fuqara’) dan kalimat kaya (yughni). Pernyataan ini mengindikasikan bahwa suami isteri tidak boleh bermalas-malasan mencari rezeki karena rezeki adalah salah satu penopang kehidupan keluarga. Kata karunia dalam redaksi ini dapat dipahami bahwa pencarian rezeki harus didasari kepada ketentuan-ketentuan yang berlaku dan karenanya masing-masing pihak harus selektif agar mendapatkan rezeki yang direstui oleh Allah. Urgensi pencarian rezeki yang halal dan baik akan berimplikasi kepada jiwa dan mental anak sehingga baik tidaknya seorang anak sangat ditentukan oleh nilai hukum rezeki yang diberikan.
Tujuan-tujuan dar pernikahan inilah yang seharusnya dipegang teguh secara konsisten oleh pasangan masing-masing sehingga keegoisan dalam mempertahankan dan menerima pendapat serta pemaksaan kehendak tidak seharusnya terjadi dalam kehidupan rumah tangga.
Ide-ide yang muncul dari pihak suami atau isteri harus dipikirkan secara rasional tidak dengan emosional dan oleh karena itu setiap ide yang muncul perlu didiskusikan agar memiliki tujuan yang jelas agar pihak lain tidak merasa terpaksa menerimanya dan hal ini adalah merupakan gambaran rumah tangga yang demokratis.
Konklusinya....
Tujuan-tujuan yang terdapat dalam pernikahan sebagaimana yang telah digambarkan oleh Al-Qur’an menunjukkan bahwa perlunya kematangan dan kesiapan mental bagi yang ingin melaksanakan pernikahan.Kematangan dan persiapan menunjukkan bahwa pernikahan yang dilakukan berada pada tataran yang sangat serius yang tidak hanya memperhatikan aspek biologis akan tetapi tak kalah pentingnya ialah memperhatikan aspek psikologi dan dengan berdasarkan inilah diduga kuat bahwa pernikahan dimasukkan ke dalam kategori ibadah...
terima kasih banyak2 kpd,
Drs. Achyar Zein, M.Ag
Dosen Fak. Tarbiyah IAIN-SU, Pengurus El-Misyka Circle
wassalam....

Persediaan dalam perkahwinan
Masa mula2 nekad untuk berkahwin dengan Mr Smart,memang kami banyak pikirkan tentang kewangan.yelah,ramai orang sekarang ni terpaksa buat loan peribadi untuk kahwin,tapi kami tidak.. kira budget dulu,dan bila rasa semuanya da cukup terus kitorang bgtahu parents n decide kawin 6 bulan seterusnya.. alhamdulillah masalah perbelanjaan untuk majlis perkahwinan kami memang clear.no pinjam2 nih.
Tidak dilupakan yang kita juga kena bersedia untuk hidup selepas majlis perkahwinan... perkahwinan ni benda yang sangat besar dan memerlukan kekentalan minda dan jiwa yang sangat tinggi supaya kita tidak kecewa dalam perkahwinan yang kita sendiri rancang ..jgn duk pikir perkara sebelum majlis kahwin ja,tapi lepas majlis kahwin pun kena lah bersedia sama..
Sooooooo,saya pun menggoogle banyak info dan antara yang saya tertarik adalah dari satu artikel yang saya copy dari website iluvislam.com.... :-) jum baca....
"Secara umumnya, kita melihat bahawa kaum hawa lebih fokus dan komited dalam melakukan persiapan perkahwinan, dari persiapan jemputan, ketibaan, hiburan, bersanding dan makan beradap serta fotografi. Di pihak lelaki, rata-rata kita menyaksikan lelaki lebih cenderung bersiap sedia menghadapi saat akad nikah. Terutamanya berkenaan soalan-soalan cepu emas.
Tidak terlepas pandang, dikalangan lelaki yang mempersiapkan diri untuk malam pertama. Baju bersanding, keadaan dewan, jemputan dan berbagai lagi kebiasaannya menjadi pak turut sahaja. Kerenah manusia, ada juga lelaki begitu cerewet berkenaan persediaan begitu, kadang lebih cerewet dari perempuan pula.
Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, sekali pandang telah mula nampak kesedaran di kalangan bakal pengantin kerana ada mula membuat persiapan yang hakiki, persiapan untuk menjadi seorang pemimpin keluarga, pendidik keluarga dan seorang yang melengkapi imannya.
Begitulah perkahwinan yang mengubah dengan mengangkat martabat seseorang. Alangkah ruginya jika kita tiada kesedaran ini dan beranggapan bahawa perkahwinan adalah semata-mata untuk berumah tangga dan untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan.
Menyedari hakikat perkahwinan ini mengangkat martabat seseorang, maka persiapan perlu dibuat. Bagaikan kita akan ditabal menjadi seorang raja. Kita tidak mahu menjadi seorang raja yang bodoh dan dibonekakan. Oleh itu, ilmu itu perlu.
Bagi seorang lelaki, perlu dia mempelajari sebanyak mungkin ilmu agama terutamanya fiqh dan tasawuf. Tidak hanya ilmu itu berkaitan perkahwinan, ini kerana, dia akan menjadi ketua keluarga bagaikan kapten kapal yang akan mengarah arah tuju kemudi kapal. Seorang kapten kapal tidak hanya perlu tahu perihal kapalnya, tetapi juga berkenaan geografi, petunjuk bintang, lautan, pemakanan serta pertahanan.
Jika kamu pembaca ini adalah seorang wanita, mintalah dia bawa kamu atau dia menghadiri kuliah-kuliah agama atau kelas pengajian dewasa di masjid-masjid berdekatan. Insya-Allah dengan usaha yang sedikit, akan membawa keberkatan dan ilmu itu datang kepada kita tanpa kita duga.
Ilmu berumahtangga, terutamanya kaedah-kaedah menghadapi konflik juga penting. Perkahwinan akan menggabungkan 2 keluarga dan seorang suami itu mengetuai jalingan antara dua keluarga ini. Tidak semudah dijangka, konflik dalaman yakni di dalam rumah kita sendiri juga boleh berlaku. Memadai jika bersenang-senang membaca buku-buku motivasi dan hadir ke perbincangan mengenai isu ini.
Ilmu ekonomi rumahtangga antara yang penting dan memainkan peranan besar dalam mengemudi kapal perkahwinan. Sebagai seorang ketua, kita menetapkan bajet dan memastikan anak-anak dan isteri berada dalam keadaan terbaik dalam mencari hala tuju masa hadapan mereka. Buatlah bajet untuk perbelanjaan harian, perbelanjaan ke arah ibadah, zakat dan nafkah.
Ilmu terakhir adalah ilmu menghadapi masalah. Meskipun kita miliki ilmu berumahtangga, ekonomi dan agama sekalipun tetapi kita kurang arif dalam menghadapi masalah, kemungkinan besar kita akan terjerumus ke dalam permasalahan yang lebih besar. Sabar dan bertolak ansur serta menyiasat sebelum bertindak antara kaedah-kaedah dalam menghadapi masalah.
Suka saya menyingkap kata-kata Imam Al-Ghazali, "ilmu semata-mata tidak akan dapat menyelamatkan orang", yang bermaksud, ilmu yang disimpan tetapi tidak diguna pakai akan menjadi sia-sia. Dan orang yang tiada ilmu pula ibarat kapal yang terapung, selamat, tetapi tidak dikemudikan kemana-mana dan mengikut sahaja kemana air membawanya. Carilah ilmu yang bermanfaat.
Dahulunya kita mampu memperlajari ilmu-ilmu di universiti, melepasi segala peperiksaan dan menggenggam ijazah, tidak mustahil untuk kita mempelajari ilmu agama pula. Yang penting, langkah pertama! Mencari ilmu tidak kenal usia, apa dimalukan untuk belajar meskipun usia sudah lanjut, sedangkan doktor-doktor falsafah umurnya menjangkau 40-50an masih belajar mencari PhD?
Saya amat menyeru agar bakal-bakal suami, juga mereka begelar suami kini dan saya sendiri melukis langkah-langkah untuk menjadi suami yang baik dan pemimpin keluarga yang cemerlang dengan merangka langkah-langkah yang bijak.
Terimalah hakikat bahawa persiapan perkahwinan bukan hanya persiapan majlis perkahwinan tetapi persiapan menghadapi seakhir hayat usia gelombang perkahwinan. Apa yang lebih penting adalah hari-hari selepas majlis perkahwinan. Sedangkan majlis perkahwinan hanyalah bertujuan mewar-warkan pernikahan yang telah sah untuk mengelak fitnah dan sekadar memori indah untuk kita kenang-kenangkan ketika cabaran mendatang "
amacam ? paham kan ? simple ja artikel ni... apa yang penting semuanya ilmu yang bermanfaat... iaitu ilmu yang kita ada dan kita praktikkan...saya nak share dengan Mr Smart juga artikel ni supaya kami saling nasihat menasihati... i luv him so much n May Allah bless ussss ...
Assalamualaikum!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)