Jum terjah mood15..... :-)

22.2.12

Berita hari ini

Britain bantu mangsa Islamofobia


2012/02/23

LONDON: Talian khidmat bantuan pertama dilancarkan di Britain bagi membantu mangsa Islamofobia berikutan kebimbangan jenayah kebencian terhadap masyarakat Islam tidak dilaporkan atau ditangani secara wajar.

Tahun lalu 2,000 kes jenayah kebencian direkodkan membabitkan pelbagai fahaman di England, Wales dan Utara Ireland.
Faith Matters, pertubuhan bukan kerajaan berharap dapat membuktikan skala masalah dan memberikan bantuan kepada mangsa.
“Kebanyakan penduduk berpendapat, jenayah Islamofobia tidak wujud.

“Jika seseorang yang beragama Islam dianiaya, diserang atau menerima risalah dengan komen menghina mengenai agamanya, saya mahu dengar dan melihatnya,” kata pengarah Faith Matters, Fiyaz Mughal.

Berdasarkan laporan itu, Faith Matters akan memantau insiden selama 12 bulan sebelum melaporkan keputusannya.

Sementara itu, ahli akademik di Universiti Lancaster, Dr Leon Moosavi, menjalankan kajian terhadap Islamofobia menyatakan penduduk Islam kian ramai di Britain.
“Ia adalah masalah yang semakin merebak di Britain. Lebih banyak pendidikan diperlukan di sekolah dan masyarakat Islam juga perlu membimbing penduduk Kristian mengenai agama mereka,” katanya.

Pada masa ini, media melaporkan bahawa insiden anti Islam dipantau oleh Islamphobia Watch, Engage dan Suruhanjaya Hak Kemanusiaan Islam tetapi tiada yang mampu menawarkan khidmat peribadi kepada mangsa. – Agensi

gelak jom..

Selamat ptg...............


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat

rajin2 belaka ..


 Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari

seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"
Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang
menyuapkan saya".
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi  : "Saya lebih malas lagi dari
dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas
awak?"
maka  jawabnya  : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong
kunyahkan".

Maka raja pun terdiam?
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil
berkata:
"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya, : "bagaimana
pula tahap kemalasan awak?"
budak itu pun menjawab  : "Nak cite pun malas"...hehe

21.2.12

Untuk sesorang yang membacanya

Salam..

saya tidak lah sesibuk mana awak,tapi sekarang ni banyak sangat perkara yang berlaku dalam kehidupan saya sebagai hamba Allah,pekerja,pelajar dan juga sebagai 'Umi'.Tahun 2012 ni senang cerita, agak mencabar intelektual dan emosi saya untuk menjadikan sesuatu yang berada di hadapan saya lebih baik dari semalam.Saya tak dapat menjanjikan yang saya boleh sentiasa contact awak,bermesej dengan awak,chatting atau sebagainya..tapi apa yang saya boleh katakan di sini,awak 'sentiasa' dalam hati saya,'harapan' saya...awak tahu semuanya tu kan?..hari2 saya tgok perkembangan awak dalam FB,nak tegur pula,saya rasa lebih selesa jika saya hanya sebagai 'stalker'..boleh gitu? ;-)
dan apa yang saya ingin katakan di sini,semakin jauh kita melangkah, semakin banyak cabaran yang akan kita hadapi. Namun,semakin kita berani menghadapinya, maka akan semakin kuat hidup kita di masa akan datang. Kekuatan akan teruji ketika hidup menghadapi banyak masalah dan kesulitan. Kuatkan lah semangat dan jati diri awak dalam menghadapi setiap perkara yang berlaku.Jadikan dunia awak menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain dan mungkin untuk saya juga. .Akhir sekali,Jangan sekali-kali lalai dengan perintah yang Maha Esa kerana dia lah pemegang 'kunci' kehidupan..
Saya sentiasa sayang awak kerana Allah..

ikhlas namanya..

Jangan menolong orang sambil memarahi dia. Kalau engkau berbuat amal, jangan disertai kata-kata yang menyakitkan hati. Kata-katamu seperti embun yang memberi kesejukan dalam panas terik dan lebih berharga daripada pemberian. Kata-kata yang tepat lebih berharga daripada hadiah yang bagus. Tetapi orang yang dermawan memberi kedua-duanya.

"Do not help people as she scolded him. If you do good, not with words that hurt. Your words like the dew that chills in the heat and more valuable than the gift. Exact words more precious than a good gift. But the benefactor to both."

Senyumlah...

Bicara Senyum yang diambil dari fb Setitik Embun bistari,karya Soekmoadi telah menyentuh perasaan di pagi rabu ini..

  • Senyum adalah bahasa dunia.Ia menunjukkan keceriaan.

  • Senyum adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna.

  • Senyum adalah jalan pintas bagi seseorang yang menyukai sesamanya.

  • Senyum yang kita berikan pada orang lain adalah sedekah.

  • Senyum adalah suatu pelabuhan yang tidak merugikan.

  • Senyum harus ada ketulusan.

  • Senyum yang dibuat-buat pasti tidak menyenangkan.Seperti kening yang berkerut.

  • Senyum juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.

  • Apabila kita tersenyum, orang akan tersenyum balik pada kita.

  • Orang akan merasa dihargai bila kita senyum padanya.

  • Ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita.

  • Senyumlah kepada orang yang tidak kita kenali hari ini.

  • Kelak ia akan membalas senyuman kita juga.

  • Pujangga meyebut, "Senyum itu kelopak, tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya."