Britain bantu mangsa Islamofobia
2012/02/23
LONDON: Talian khidmat bantuan pertama dilancarkan di Britain bagi membantu mangsa Islamofobia berikutan kebimbangan jenayah kebencian terhadap masyarakat Islam tidak dilaporkan atau ditangani secara wajar. Tahun lalu 2,000 kes jenayah kebencian direkodkan membabitkan pelbagai fahaman di England, Wales dan Utara Ireland.
“Jika seseorang yang beragama Islam dianiaya, diserang atau menerima risalah dengan komen menghina mengenai agamanya, saya mahu dengar dan melihatnya,” kata pengarah Faith Matters, Fiyaz Mughal.
Berdasarkan laporan itu, Faith Matters akan memantau insiden selama 12 bulan sebelum melaporkan keputusannya.
Sementara itu, ahli akademik di Universiti Lancaster, Dr Leon Moosavi, menjalankan kajian terhadap Islamofobia menyatakan penduduk Islam kian ramai di Britain.
“Ia adalah masalah yang semakin merebak di Britain. Lebih banyak pendidikan diperlukan di sekolah dan masyarakat Islam juga perlu membimbing penduduk Kristian mengenai agama mereka,” katanya.
Pada masa ini, media melaporkan bahawa insiden anti Islam dipantau oleh Islamphobia Watch, Engage dan Suruhanjaya Hak Kemanusiaan Islam tetapi tiada yang mampu menawarkan khidmat peribadi kepada mangsa. – Agensi
No comments:
Post a Comment