Berkenalan 15.05.2012,tunang 01.12.2012 dan nikah nanti 01.03.2013...dalam hati ni rasa debar pun ada ,rasa tak percaya pun ada sebab tak lama lagi dah nak jadi milik Mr.Smart .. then pastu terus la aku akan bertukar status.dari bujang kepada berkahwin,dari seorang jadi berdua,dari tak kisah nak tidur pakai t-shirt buruk bertukar kepada baju tidur yang seksi(.eeiuwww... idok lah.pakai ja apa2 pun,dia tak kisah punya)
lagi 51 hari je lagi nih.. tapi baju dia pun tak buat lagi,baju aku pun tak siap lagi...bunga telur,goodies bag lagi lah jgn tanya.satu benda pun tak beli lagi..mana taknya.sabtu ni exam,pastu nak tutup akaun lagi..mak dgn kak long ja dok tanya setiap hari,bila nak balik kg,nak tempah pelamin,nak cari cameraman... alaaaa... perkara kecik ja tu..buat simple2 sudah..sebab aku da discuss da dengan mr smart nak yang sesimple yang mungkin..yg penting lepas 01 mac nanti,kitorang da halal untuk buat apa saja berdua...kaannnn????
betul orang kata,time bertunang ni memang banyak cabaran dan dugaan nya..semenjak bertunang ritu sampai ke hari ini,baru sekali ja jumpa.itupun dekat KFC depan rumah.lepas tu lepaking sekejap tepi swimming pool bawah rumah n tak sampai 3 jam kot sesi berbual..banyaknya kitorang menggunakan pakej special yang diberikan oleh DIGI,bergayut 2-3 jam sehari,chatting thru ym dan bermesej guna talian maxis... so cabaran untuk nak menggediks dengan dia memang tak ada ler...dia nak menggatal pun tak boleh lah...yelah kan..time allah haramkan hubungan ni,banyak syaitannya...macam tak menyempat nak tunggu time halal...aku rasa banyak ja couple yang tergadai macam2 time waktu haram ni... tapi ada juga yang hebat dapat mengalahkan si kepala bertanduk tu....dan insyaallah..aku akan cuba tepis semua dugaan sampailah kitorang halal bersentuhan nanti..baru lah ada nikmat perkahwinan tu..kalau dari zaman bercouple pun dan pegang sana,pegang sini... rasa macam sangat merugikan diri dan malaikat pun tunggu masa ja nak membalun mangsanya...tapi bagi yang ingin bertaubat,masa korang tetap ada..bertaubatlah..dengan cara,' jangan buat lagi ! '...itu ja.. insyaallah kita akan dapati bahawa allah amat Maha Pengampun kepada hambaNya yang ingin bertaubat..
nasihat kepada diri aku, Allah mengurniakan nikmat perkahwinan kepada hambaNYA adalah untuk mendapatkan ketenangan dalam kehidupan..semoga aku sentiasa bersyukur kepada nikmatNya ini..since ramai lagi kat luar sana,yang da mencecah umur 40-an pun belum kahwin lagi.. tapi does'nt matter lah zaman sekarang ni..hidup sendirian pun takpe,asalkan kita sentiasa beramal dan bertakwa kepadanya,Allah sentiasa menjadi Kekasih yang setia ..