Jum terjah mood15..... :-)

23.2.15

Kalau aku jadi Guru Besar.....

Masa kat sekolah rendah dulu,nama GB aku Abdul Jalil.Muka dia memang smart sbb putih,bersih dan ada gaya air wudhu di biarkan kering langsung di muka.Plus height dia sesuai dalam 7 kaki camtu  cuma perut ja ke depan sikit..bini masak sedap kot,tu pasal la perut dia senang hati.
Tak silap aku,nama bapak dia Hassan.. So, Cikgu Abdul Jalil bin Hassan adalah GB aku... haa..cukup description aku pasal dia..

Pastu,

Time sekolah menengah plak,aku ada 2 Pengetua.Kat sek men d Muar nama dia Ustaz Hasbullah. Dan pengetua sek men kat perak plak Ustaz Mukhlis.

Antara 3 GB aku ni,aku rasa hati aku lekat nama Cikgu Jalil ja.. sbb dia penah kata aku 'pandai'...masa tu dia cakap time nak info result UPSR.. dia boleh bagi semua result upsr budak2 lain pastu dia celoteh apa ke benda ntah,aku x ingat... yg aku ingat,dia x bagi result untuk aku dan best fren aku,si fiza tu...Last2 bila dia nak tutup majlis,baru dia senyum kat weolss berdua..

'ha. korang nak result ke? korang kan murid yang pandai.jadi pandai2 la teka dapat berapa yek.' ...Senyum hensem plak GB aku tuh...

Hati berbunga sekejap sbb kata kami pandai.then bila dia bagi result ,dia ulang kata semangat yang Insyaallah kitorang boleh berjaya 1 hari nanti..

'Teruskan usaha'.. kata GB dengan penuh semangat.

hmmm...itu ja pun yg dia cakap kat aku..tapi aku rasa time tu mcm sepentot aku da koyak sebab kembang sangat...

"People can forget what u say
People can forget what u did
but people can't forget what u make them feel..."

haa..mcm tu la lebih kurang pepatah nenek aku..

Yang 2 orang GB lg tu,bukan sbb aku x suka dia atau dia x suka aku... tapi sbb 2 orang tu boleh kata 'warak' dan 'alim'....

Ko ingat,orang2 baik mcm GB sek men aku nih,nak pandang ke student mcm aku time tu ?

perangai selekeh...kalau time esembli,selalu kena denda..x pakai kain dalam lah, tudung pendek , time rehat 30 min,balik asrama tidur...memang selekeh perangai mcm tu.so aku rasa diorang x pandang aku kot...jadi jgn harap lah aku boleh ingat org yang 'x pandang' aku...haha..ayat kerek.

ok,

back to tajuk post aku sekarang.. aku penah terpikir

'Kalau la aku jadi Guru Besar ,ayat power apa aku  nak cakap kat student2 nih ?'

Bukan nya apa pun pikir bendalah mcm ni..sbb kalau  pikir,

'kalau aku jadi cikgu ?'

aku rasa memang x layak.sbb tahap kesabaran aku tipis bak kulit bawang.ada karang telinga budak sekolah tu berpintal2 di kerja kan.

Last2 ,aku rasa aku nak jadi orang yg inspire hidup budak2 mentah tu..aku nak pengaruh diorang gila2 supaya diorang semua jadi 'orang'.
kan gelaran GB la paling berkuasa bila kat sekolah .. budak2 samseng pun mesti respek GB kalau kena gayanya..

Jadi aku berangan, kalau aku ada peluang jadi GB.aku nak sampaikan amanat yg  cukup berharga.amanat ni aku nak bagi time diorang ambil result UPSR atau pun result SPM.kira time 'last day' diorang menjejak kan kaki ke sekolah..sbb lepas tu,aku x yah tgok muka diorang lagi...hahaha...

Antara intipati amanat yang aku da karang,ada kat bawah ni..

1.Bersyukur.

Ok anak2 sekalian,
Korang kena bersyukur kepada Allah Subhanawataala sbb DIA telah memberikan korang kekuatan g school sampai abis exam besau korang..Penat kitorg bubuh papantanda depan pintu pagar 'Tahniah kerana anda Berjaya hadir ke sekolah hari ini' ...semata2 nak inspire korang..Alhamdulillah korang paham dan Berjaya untuk selesaikan pendidikan korang dengan baik di sekolah ini.
Dan juga,korang kena bersyukur kerana dapat result yang baik2 dalam peperiksaan korang.Mak tumpang gembira hokey.
Tapi..tapi...tolong jangan larut dalam euphoria kegembiraan kerana lulus exam saja ya.Sbb lulus exam tu tak bermakna apa2 lagi... Ada kelulusan yang lebih tinggi korang perlu raih,iaitu lulus menjadi manusia yang toleransi dan hidup dgn penuh aman bahagia di dunia dan d akhirat...ingat tu!
Dan untuk lulus menjadi manusia yang aman bahagia dunia dan akhirat,korang perlu sentiasa optimis.Bukan saja optimis,korang juga kena tanamkan harapan dalam jiwa korang untuk melalui kehidupan yang lebih baik lagi....bersyukurlah,kerana bukti bersyukur yelah dengan menghargai nikmat yang diberikan,maka gunakan nikmat yg diberikan untuk menjadi lebih baik pada masa depan kamu semua nanti... .

2. Paham jati diri

Korang kena sentiasa tanam dalam jiwa,rasa cinta kepada negara dan bangsa.Bukan hanya untuk kekasih atau harta kekayaan saja yg korang kena cinta..Dengan negara bangsa lah korang kena tanam kecintaan tu dalam dan ketat2 kat jiwa korang.,biarkan jati diri memuncak dalam diri masing2 kerana kalau korang da biasa tanam cinta itu dalam jiwa,maka korang layak menjadi pemimpin bangsa..

3. Toleransi

Toleransi ni bahasa pasar nya,kena banyak bersabar,kena pandai bawak diri.makna kata,tolak ansur..Sikap ni sangat penting sbb korang kena amalkan sifat toleransi ni di mana pun korang berada.Bila korang biasa dengan sikap ni,Insyaallah korang boleh memahami perbezaan yang di miliki oleh setiap orang .Allah memang ciptakan kita semua berbeza2.baik dari segi warna kulit,bahasa,budaya,dan lain2 lagi.Oleh sebab itu,perbezaan2 ini tidak boleh menjadi penyebab kepada pepecahan dan permusuhan.Dats why,penting sangat toleransi nih.Dan cara mana untuk kita sentiasa kekal dengan sifat toleransi adalah,akal pikiran kita sentiasa perlu di isi dengan info2 yang berguna dan positif...

Yang ke 4 dan yang paling last,

Belajar tinggi2 sampai ke puncak menara gading.

Dulu kita biasa dengar pepatah nabi, 'tuntutlah ilmu sampai ke negara Cina'..

Betul lah tu... korang jangan berhenti menuntut ilmu walau dengan apa2 alasan sekali pun.Kalau zaman sekarang,pendidikan paling tinggi adalah PHD..jadi  belajar sampai diploma saja tak cukup.kena sambung sampai degree,lepas tu master dan kemudian selesaikan sampai PHD...sampai mana? sampai PHD...ingat tu ok.

Lagi 1,jgn pilih pendidikan yang berorientasikan nak dapatkan pekerjaan semata2.Sbb pendidikan yang berorientasikan hanya nak dapatkan pekerjaan nih tak akan boleh mengubah apa yang ada pada Negara kita.Yang mampu membuat perubahan kepada negara kita ni bila kita cuba menjadi rakyat yang menguasai ilmu pengetahuan.Cuba korang pikir macammana jepun boleh kuasai Tanah air kita satu masa dulu...bukan calang2 orang tau,nak tawan negara orang.. dah lah kata nek beskal ja.. kalau dulu orang2 jepun tu hanya belajar untuk dapatkan kerja,sure2 dia x berjaya datang tawan negara kita..tapi diorg di didik dan di beri pendidikan yang sangat tinggi sampai jiwa diorang kuat untuk perluaskan kekuasaan negara diorang..

Ok anak2,
ibarat pakaian,mak menganggap korang kini pun telah memiliki baju yang sempurna.Namun itu saja masih belum cukup.kamu semua harus melengkapkan nya lagi dengan seluar,stoking,kasut dan lain2 supaya sesuai ke tempat yg ingin di tuju.
Siapkan lah pakaian mu agar menjadi sempurna...

.....................................................................................................................................................................

zzzzzzz....

in my dream ' Kalau aku jadi Guru Besar ...........................'


 













15.2.15

WYSIWYG

Wiezz-zee-wigg cara nak sebut nya.

Sapa yg penah ambil course e commerce,mesti biasa dengar WYSIWYG ni...

Wiezzeewigg....

Kihkih.. sebut betul2 tau.

Nama panjang dia,'what you see is what you get.'pendek nya jadi la WYSIWYG..wizzeewigg...

dlm e commerce kita ambil contoh,kalau ko nampak perkataan WYSIWYG style font Monotype Corsiva size 56.Bila ko print,ko akan dapat benda yang sama mcm yg ko tgok kt monitor komputer ler.itulah wiezzeewigg..

Dan sekarang aku famous dgn WYGISYD..wiegggiizeeidd

What you get is what you did.


Kalau dulu enter saham companies ni,dapat la duit belanja lebih sikit..baru di namakan weiiggiizeeid..

Takpun,mcm ni...

Orang boleh kata Wygiwyd ni mcm karma..

Kalau kita penah flush taik orang,nanti taik kita ada la gak orang tolong flushkan..eeee..pengotor

Zaman sekarang ni,bila kita buat jahat,rasa mcm cepat ja karma tu dapat kat kita semula.mcm tu juga viceversanya..

 Kita bukan hidup sensorang.hidup kita bermasyarakat,berkelompok,berselisih bahu.kalau masak lauk patin bertempoyak,nti ada la orang jenguk kat muka pintu bawak pinggan.sbb udara telah menyebarkan kebauannya ke jiran tetangga kita..jadi,setiap apa tingkah laku kita,kita kena pikir dulu sebelum buat.kena ambik peduli dengan orang sekeliling.x boleh nak hati kering sangat..

Macam d group watsapp..kita dok sembang kencang pasal laki kita hensem,laki kita baik suka bawa shopping.laki kita suh jadi mem besar,goyang kaki kat rumah dan mcm2 lagi lah..dok ingat,laki kita la paling best kat dunia.Tanpa kita sedar,dlm grup tu ada juga yg dpt laki jenis pemalas tahap gaban.sepentot bergulung tepi pintu bilik air,seminggu x berganjak kalau bini dia x tolong kutip.so?bila kawan tu baca entry ko pasal laki ko yg mabeles tu,ko rasa apa dia rasa?sedih wehh..mau meleleh air hidung dia bila baca watsapp ko tuh..

Itulah kawan2 yek.jadi orang ni mmg kena sensetif sikit..ada masa,kita d atas..ada masa,kita d bawah...tgu turn katanya.

Maka,

Brrhati2 la dlm tindak tanduk kita..kat online kena careful,kat offline pun sama.Sbb ada orang yang memerhati.

Sekian.ini saja yg nak d share kan utk entry kali nih....


P/s:huarghh,shares mustaffa kamal land da kematu..bila dia nk naik nih?

10.2.15

Didik baby umur 0-12 bulan

Ohmahgaaa...

da setahun aku jaga anak..
tak tahu lah Nasyrah bangga x dpt mak bapak mcm kitorg....kihkih...

Orang kata kalau da ada anak,kita makan x kenyang,mandi x basah,tidur x lena..aku setuju statement tu.tp aku rasa,aku lg sanggup penat 'melayan kerenah' anak dan suami daripada penat merindu 'ketiadaan' anak dan suami..kan?

penat jaga budak kecik umur 0 smpi 12 bulan ni xda la smpi kita semput...cuma kita kena limit kan perkara yang kita biasa buat. cthnya shopping atau jalan2 kat tempat awam..

itu ja yg aku rasa susah sikit...yang lain xda hal... sbb anak kecik ni antibodi lemah lagi,so senang berjangkit penyakit...jadi kita x perlu lah gagah bawa anak tu ke hulu ke hilir..kan ?


 0 - 6 bulan..

Time ni dia kecik lagi dan suka tidur..

Penjagaan makan/minum -

Bagi dia breastfeed secukup nya... kalau boleh jgn campur kan susu formula atau nestum atau apa2 saja makanan/minuman asing..tp kadang2 biasa mak2 kita yg gagah suka nasihat kita itu ini..

'dulu mak bagi ko bubur nasi,hidup ja sampai sekarang' mak celoteh...

'patutlah aku ni jenis x dengar kata,sebab mak bg makan macam2 dulu...haishh..' ...geram sendiri..

sebenarnya time ni usus anak kita x kuat lg... biar lah dia bersih dgn minum susu cap gantung kita..dah memadai sangat...kalau betul kata susu kering,usahakan susu formula yg dapat nasihat dokter..jgn bg nestum ke hape ke...susu da cukup..tapi kalau nak bagi jugak,haa lantak ko.

Bagi ibu yang mengeluh kata 'xda susu' 'susu cepat kering' 'anak xnak minum' ' anak x kenyang' dan mcm2 lagi tuh,aku x boleh nak komen panjang2...sbb pada aku semuanya ekonomi..ada demand,baru ada supply..pastu cara pemberian susu kena betul.habiskan satu kantung baru singgah ke kantung lagi satu..orang tua2 kata, satu kantung untuk nasi,satu lagi sayur..so kena bagi dua2...

eh..eh..pandai2 betul orang zaman dulu ya...

mungkin ada betulnya,mungkin tidak... tapi pada hasil pembacaan aku,kita kena bg habis 1 kantung baru bg lg sebelah..sbb bila kantung ringan baru otak digest yg ada demand,dan automatically susu tersebut akan di topup hasil pemakanan kita nanti.. itu pasal mak2 ni,kena berpantang makan..makan yang rebus2,jgn bersantan,jgn berminyak..kemudian,kena makan yg berkhasiat..biar anak tu dapat susu yg berkualiti.

ohya,bagaimana kita nak tahu yg si anak da kenyang?

kita kena perhatikan time dia khusyuk menyusu tu,tetiba mata dia redup mcm nak terlelap...haa..kira time tu dia nak kenyang lah tu...lepas da kenyang ,pasti dia nak tertidur plak.. tp sebelum dia tidur,makesure kena sendawa kan dia...bg 'erghhhh' keluar panjang sikit..

aku dulu naif... Nasyrah nangis,aku bg susu..pastu dia sendawa.x lama tu dia nangis lagi,aku sumbat lagi susu smpi dia sendawa panjang gila.. yg peliknya dia nangis lagi.. aku x tentu arah,aku sumbat lagi.. mak pun risau sbb apa dia nangis... last2 mak aku bedungkan dia,dodoi sikit,terus tidur..

ceh ..rupanya dia nak tidur..tapi sejuk,jadi dia meraung le...aduyaii

baby ni ,kalau nangis ada 3 perkara basic ja kita kena perhatikan.samada lapar,ngantuk,atau sejuk... kalau susah nak tidur,kita cuba bedung kan dia... susah2 sgt,buai ja terus... haa..insyaallah senyap la tu..

tp kalau baby demam, korang kena cek suhu,buka baju dia,lumurkan air asam jawa atau basahkan towel dan lap badan dia.aku ada buat entry untuk baby demam..klik sini baca nih

dan kalau tenat sangat,better g klinik terus..dapatkan khidmat doktor2 anda.. dukun pun boleh kalau korang percaya pada benda2 'pelik' nih.. biasa lah,kata orang tu, baby ni ada 'Qarib'..aku x sure sgt tang tu...heee

Kemudian,

Penjagaan diri -

Baju baby ni biasa x mahal..RM5 pun da boleh dapat dik non..tp kena cari kat pasar malam la.xpun sesapa yg duk area selangor kl nih,pergi je GM Plaza...atau Kenanga.aku tgok kat sana,byk baju branded ciplak. Hehe...xpun rajin2 search warehouse sale atau pun sale kat memana. ko nak beli mahal2 pun,bukan budak tu boleh pakai berbulan2...diorg ni cepat membesar.x sempat nak luntur kaler baju da kena tukar size lain.tapi kalau jenis keluarga ber duit tu,x kisah lah..

kemudian lagi,

Jaga batas persekitaran..

Baby ni,mcm yg ku bgtau la..antibodi x kuat.so kita x perlu gagah utk bawak  dia ke hulu hilir x tentu arah..kitorang ni boleh kira dgn jari,berapa kali kitorg bawa anak g tempat awam.kalau pergi pasar NSK ke, mana ke,aku akan pergi sorang dan encik suami jaga anak kat rumah.kalau nak beli barang keperluan diri,kitorg sanggup bergilir tunggu dalam keta sambil sorang jaga anak,sorg lagi g shopping.Memang takes time benda2 mcm nih.tp kita perlu berkorban.Kalau makan luar plak,kitorg da jarang amalkan start awal kawin.sbb aku lebih suka masak sendiri.Hidup kitorg lebih harmoni sbb baby jarang sakit.alhamdulillah.

Umur baby 06 - 12 bulan,

Bila tahap umur macam ni,baby kita da mula boleh makan makanan lain selain susu.Tapi aku penah terbaca satu blog ni,kata selagi anak x tumbuh gigi,jgn bg makan...huhu... ikut si ibu la.kalau rasa anak tu asyik melalak dan nak susu sokmo ja,aku rasa baik lah bg try makan makanan lain.TP INGAT!! jgn mkn benda yang keras atau pejal..kena bg soft2 gitu..seperti puree...bubur nasi pun kalau boleh x sesuai lagi untuk 06 hingga 08 bulan..

Satu lagi aku sangat pantang dan menyampah dengan ibu2 yang pemalas...malas nak sediakan makanan anak,pastu bagi anak nestum atau pun baby bites atau instant baby food mcm cap heitz tu.. korang kan hidup dalam alam cyber,cek la samada benda elok ke tak..semua tu da di awet ,jumlah gula tinggi dan mcm2 lagi lah...heyy..x paham! modern sgt la tu bagi anak benda2 mcm tu?...korang boleh bangga lah anak tu x sakit,sihat smpi besar,bijak,cantik... tapi kita x tau future... penyebab penyakit kanser atau penyakit2 pelik sekarang ni is disebabkan makanan..kalau anak kita smpi wafat dia pun dia sihat,ya..mungkin alhamdulillah..tp mungkin ada sikit sel mental dia yang short kat memana.dari segi emosi ke,spiritual ke,sensetiviti ke.degil ke,keras kepala ke.atau apa2 saja lah...ini semua berpunca dari pemakanan...pemakanan kan salah satu unsur untuk penyambungan sel otak selain pendedahan alam dan aktiviti2 yg kita buat bersama mereka...


Aku dulu pun penah naif gak...try bg anak makan nestum,rasanya dapat lah dia rasa dalam 10 mangkuk untuk sebulan..then,bila aku study2 balik,aku rasa baik la aku tinggalkan benda2 tak masuk akal tuh.

Masa Nasyrah dulu,06-08 bulan aku hadamkan dia puree.. puree buah,puree sayur,puree keledek,puree ayam dan byk lagi.. telur dan soya jgn bagi lagi..takut baby x sesuai..

then masuk 08 - 12 bulan aku try buatkan dia pasta + cheese, brokoli + cheese + kentang + salmon, atau bubur nasi + ikan/daging + sayur mayur + buah..bubur nasi tu pun aku buat pelengkap sikit ja..sbb aku lebihkan sayur n ikan.

Kita selalu dengar ,ada mak bapak mengeluh pasal anak2 dia x makan sayur,x makan udang,x makan itu ,x makan ini..macam2 lah..kalau macam aku,kira tolak besi ngn kayu ja.yg lain semua aku boleh telan..kan senang camtu...

Aku rasa setiap mak bapak yg mengeluh pasal anak mememilih makan ni,diorang kena semak balik masa anak tu kecik,dia bg makan apa.. sebab kalau anak tu dari kecik kita da biasakan makanan berkaler,insyaallah dia xda masalah dalam memilih makanan.

Aku  sampai tampal kertas kat depan fridge menu2 untuk Nasyrah seminggu.

Baby ni kita kena perkenalkan dgn makanan yg berbeza dalam tempoh 4 hari untuk kita kenal pasti dia elergik untuk sesuatu makanan atau x. contohnya,kalau ari kamis kita bg makan puree brokoli,kita bagi makan sampai ahad.Then kalau xda masalah sembelit ke,muntah2 ke,then kita boleh la bg dia makan brokoli next time.

Nasyrah ni,bila aku da try satu persatu,semua benda dia boleh melantak,so boleh kata setiap hari makanan dia akan bertukar kaler..Contoh,1 ari dia akan makan puree brokoli (kaler hijau),puree carrot (kaler oren),puree keledek jepun (kaler ungu),puree ikan tenggiri (kaler coklat cair),puree tomato(kaler merah) dan puree pisang(kaler kuning2 cair)...haaaa...macam tu lah.. aku bg dalam kuantiti sikit2... selebihnya aku asingkan siap2 simpan dalam fridge..

Semuanya ini perlukan ketahanan mental dan fizikal sbb penat dan buang masa..tapi kena gagah juga lah.sbb kita xnak anak kita mengada2 bila besar nti...dan alhamdullillah smpi sekarang,Nasyrah tak tolak apa2 pun makanan yg kita nak sumbat kat mulut dia except time dia ngantuk or da kenyang.senang kan?alhamdulillah.

Penjagaan diri.

Still aku amalkan benda yg sama.Nasyrah is not allowed to go tempat2 yg crowded atau tempat yg ada potensi byk angin penyakit lalu lalang...still boleh kira dgn jari,berapa kali dia masuk mall..Kdg2 kesian juga sbb bila kurang dia pergi tempat2 awam ni..bila pandang orang,kategori macam mana sekali pun,dia akan usha lama gila.pastu,bila naik escelator pun dia tenung je tangga bergerak tu sambil tenung muka aku.

'Ibu x sebut One,two,three pun,still tangga ni bergerak..konpius la.' bisik hati Nasyrah..

alahai..jakunnya anak aku....

bila cakap kat abah dia,

'biar lah..x payah nak compare dgn cara orang lain didik anak dia...kita dengan cara kita.anak tu kecik lagi.besar sikit nti kita bawak dia pusing dunia....' motivasi si abah..

ewah....kaya bapak ko ni nasyrah,jgn x tau..

Kita mak abah ni kena selalu membaca juga .supaya kita alert dengan apa yg berlaku dekat anak.mcam dia sembelit ke,ciritibiriti ke.. kalau boleh kena makesure anak tu ber** setiap hari.. g la tanya kat pengasuh dia,makan berapa kali,bera* berapa kali,ada perubahan x kat dia..kena kepochi sikit la kalau pasal anak ni.jangan buat dunno ja..

Bila anak selalu nangis,maksudnya ada yg tak kena kat dia.Emosi,perasaan,lapar,ngantuk,sakit,pampers penuh,semuanya akan di nyatakan dalam tangisan..semuanya nangis..

Satu lagi, Jangan biasakan anak pakai bedak,lotion atau minyak wangi2an... semua benda tuh ada bahan kimia yg x sesuai untuk anak kita bagi jangka masa yg lama..
Masa Nasyrah berumur dalam seminggu mcm tu,aku try letak bedak kat muka dan tempat sulit dia.then x lama tu,tgok da merah2 plak ..yelah,bawah tu kan tertutup dgn pampers,campur plak dgn bedak,jadi teruk lah kelengkang dia.. semenjak tu,aku terus x pakai kan lansung dgn bedak dan alhamdulillah dia x penah rashes.gatal2 pun jarang sekali.
Ohya,tips untuk kita nak dapatkan kulit anak yang bersih dan x sensetif dgn makanan or udara,aku rasa kita boleh cuba minum air kelapa banyak2 di masa 34 minggu sehingga smpi waktu nak deliver.itu tips yg aku dapat dari kak ima aku..

Masa pregnant ritu,RM3.50 sehari aku bg kat mamat indon jual kelapa kat sri damansara .

' ko jangan letak ais tau.. gula ko bg 1/4 sudu ja untuk air kelapa akak eh'..pesan aku kat budak indon tu.

Hasilnya, masa Nasyrah keluar dari 'tingkap' pun doktor jerit happy sebab kelapa kepala dia bersih dari kotor2 dan sekarang kulit dia x bermasalah sgt...hehe..puji anak sendiri..

Ohya, tidur....

Nasyrah masa awal 3 bulan da pakai buai..neneknya rimas dgr budak tu asyik nangis x lena tidur..so dia suh aku cari buai untuk senangkan kerja aku... then tanpa buang masa aku pegi kedai pakistan kat muor tu dan beli sekali mesin buai automatik..hehe...rege dalam RM 1XX da dapat da..kawan aku kat opis yg suggest benda nih..bg senang kerja....thanks zirah.

letak anak dalam buai,then tekan suis mesin tu...ok...Ready to tidur dengan hayunan buai yang panjang...Orang kata,jgn biasakan anak dgn buai,sbb nanti susah nak hangkut ke sana kemari buai yang besar gabak tu....hahaha..betul tu..So,untuk elak anak kita duk mengada nak tidur buai ja,letak bawah terus nangis,aku nasihatkan supaya kita pandai2 adjust placing tidur si anak.. letak dia kat buai bila sampai waktu nak tidur,then jenguk sikit.kalau da lena,kita angkat dia tidur kat katil..senang kan?Insyaallah anak kita x meragam.


umur 6 bulan,start angkat kepala


Untuk aktiviti pembinaan otak dan otot Nasyrah,umur dia 07 bulan da start merangkak...then belum masuk 11 bulan dia da mula bertatih..


merangkak di benarkan dimana saja asal lantai lincin

Masa zaman merangkak,Masyaallah..semua tempat dia kona...bawah meja,tepi dinding yg ada plug fridge adalah tempat feveret dia lepak...dia duk kuis la lampu merah yg menyala kat plug tu..excited gamaknya tengok background putih,pastu ada bling kaler merah meriah...

lantai rumah,2-3 kali juga kena mop...sbb dia suka mengutip...

'ko kena rajin tengok anak ko gerak ke mana2.budak2 ni suka masuk kan benda yg dia nampak tu dalam mulut.bahaya.ingat tu! ' pesan mak...'yea mak'.. saya dengar


1 tangan tersepit,satu tangan lagi tekan laptop..camno nak keluarkan tangan tu dik oiii..

zaman merangkak is masa yg bagus untuk perkembangan otak bayi..sbb time tu semua otot dia bergerak..dari kaki,lutut,tangan,mata,termasuk mulut...hihi..Doktor kata,kalau lama tempoh masa dia merangkak,lagi bagus...jangan paksa dia berjalan kalau si anak tu nak merangkak...sbb smpi masanya dia sendiri yg akan mula belajar bertatih.



baru belajar tatih, terus ke bowling centre

Bila zaman dia bertatih plak...kami selalu jarak kan kerusi dan suh dia berpaut dari 1 kerusi ke 1 kerusi yang lain..semangat dia kalah Darren lee time kalau dengan jepun dulu..hihi.bila dah pandai jalan sikit,da mula x suka kita pimpin tangan dia....kerek nak jalan sndiri..so memang jatuh bangun jadi rutin dia ...


se awal usia 11 bulan pun ibu da ajar pegang buku..

teruja tengok handbag...sifat kewanitaan da ada di situ.

Overall,Nasyrah xda masalah sepanjang di usia dia 0-12 bulan... x banyak meragam...penah sekali tu teringin pg Aquaria dgn kawan2.Macam aku cakap tadi,kami bawa Nasyrah ke tempat crowded boleh kira dgn jari,so salah satu tempat kami pergi is Aquaria... Nasyrah memang x  kenal apa itu fish yg duk berenang depan dia.Tapi dia xda hal..layan ja ibu dan auntie2 nya..then smpai 1 corner nak keluar dari Aquaria,aku perasan yg si Nasyrah dah terlentok kat bahu....Tidur..x ragam pun.bising ke hapa ke,dia x kisah..asalkan dia tidur...


hi fishhh...kem salam turtle yek.. 

Alhamdulillah,Nasyrah da mula masuk zaman toddler... da setahun 2 bulan.semoga Allah bantu aku untuk menjaga anak syurga ni baik2..kami cuba untuk jadi peminjam yang amanah dan ikhlas untuk jaga Nasyrah sementara dia bernyawa..Amien.


Many yearsss to go with Nasyrahhh....

Insyaallah nti kita share lagi..



5.2.15

Jauh perjalanan,Luas pemandangan....


Sementara otak dia ada kuasa penyerapan sponge,memang sesuai sangat bawa anak kecil ni jalan2 tgok scenery...Jadi kita pun boleh enjoy sama.



X perlu jadikan dia sbg proletar dua menara 


mahupun proletar padang hijau kuning.

Just ambil life lesson from Apple.
'Keep ur life Simple,but meaningful'
didik dia mcm life junjungan agung...kalau dulu junjungan kita berniaga dari kecik,so
i pun nak cuba juga lah..kita tengok apa kita boleh ajar dia nanti....Insyaallah.May Allah bless.