Jum terjah mood15..... :-)

23.2.15

Kalau aku jadi Guru Besar.....

Masa kat sekolah rendah dulu,nama GB aku Abdul Jalil.Muka dia memang smart sbb putih,bersih dan ada gaya air wudhu di biarkan kering langsung di muka.Plus height dia sesuai dalam 7 kaki camtu  cuma perut ja ke depan sikit..bini masak sedap kot,tu pasal la perut dia senang hati.
Tak silap aku,nama bapak dia Hassan.. So, Cikgu Abdul Jalil bin Hassan adalah GB aku... haa..cukup description aku pasal dia..

Pastu,

Time sekolah menengah plak,aku ada 2 Pengetua.Kat sek men d Muar nama dia Ustaz Hasbullah. Dan pengetua sek men kat perak plak Ustaz Mukhlis.

Antara 3 GB aku ni,aku rasa hati aku lekat nama Cikgu Jalil ja.. sbb dia penah kata aku 'pandai'...masa tu dia cakap time nak info result UPSR.. dia boleh bagi semua result upsr budak2 lain pastu dia celoteh apa ke benda ntah,aku x ingat... yg aku ingat,dia x bagi result untuk aku dan best fren aku,si fiza tu...Last2 bila dia nak tutup majlis,baru dia senyum kat weolss berdua..

'ha. korang nak result ke? korang kan murid yang pandai.jadi pandai2 la teka dapat berapa yek.' ...Senyum hensem plak GB aku tuh...

Hati berbunga sekejap sbb kata kami pandai.then bila dia bagi result ,dia ulang kata semangat yang Insyaallah kitorang boleh berjaya 1 hari nanti..

'Teruskan usaha'.. kata GB dengan penuh semangat.

hmmm...itu ja pun yg dia cakap kat aku..tapi aku rasa time tu mcm sepentot aku da koyak sebab kembang sangat...

"People can forget what u say
People can forget what u did
but people can't forget what u make them feel..."

haa..mcm tu la lebih kurang pepatah nenek aku..

Yang 2 orang GB lg tu,bukan sbb aku x suka dia atau dia x suka aku... tapi sbb 2 orang tu boleh kata 'warak' dan 'alim'....

Ko ingat,orang2 baik mcm GB sek men aku nih,nak pandang ke student mcm aku time tu ?

perangai selekeh...kalau time esembli,selalu kena denda..x pakai kain dalam lah, tudung pendek , time rehat 30 min,balik asrama tidur...memang selekeh perangai mcm tu.so aku rasa diorang x pandang aku kot...jadi jgn harap lah aku boleh ingat org yang 'x pandang' aku...haha..ayat kerek.

ok,

back to tajuk post aku sekarang.. aku penah terpikir

'Kalau la aku jadi Guru Besar ,ayat power apa aku  nak cakap kat student2 nih ?'

Bukan nya apa pun pikir bendalah mcm ni..sbb kalau  pikir,

'kalau aku jadi cikgu ?'

aku rasa memang x layak.sbb tahap kesabaran aku tipis bak kulit bawang.ada karang telinga budak sekolah tu berpintal2 di kerja kan.

Last2 ,aku rasa aku nak jadi orang yg inspire hidup budak2 mentah tu..aku nak pengaruh diorang gila2 supaya diorang semua jadi 'orang'.
kan gelaran GB la paling berkuasa bila kat sekolah .. budak2 samseng pun mesti respek GB kalau kena gayanya..

Jadi aku berangan, kalau aku ada peluang jadi GB.aku nak sampaikan amanat yg  cukup berharga.amanat ni aku nak bagi time diorang ambil result UPSR atau pun result SPM.kira time 'last day' diorang menjejak kan kaki ke sekolah..sbb lepas tu,aku x yah tgok muka diorang lagi...hahaha...

Antara intipati amanat yang aku da karang,ada kat bawah ni..

1.Bersyukur.

Ok anak2 sekalian,
Korang kena bersyukur kepada Allah Subhanawataala sbb DIA telah memberikan korang kekuatan g school sampai abis exam besau korang..Penat kitorg bubuh papantanda depan pintu pagar 'Tahniah kerana anda Berjaya hadir ke sekolah hari ini' ...semata2 nak inspire korang..Alhamdulillah korang paham dan Berjaya untuk selesaikan pendidikan korang dengan baik di sekolah ini.
Dan juga,korang kena bersyukur kerana dapat result yang baik2 dalam peperiksaan korang.Mak tumpang gembira hokey.
Tapi..tapi...tolong jangan larut dalam euphoria kegembiraan kerana lulus exam saja ya.Sbb lulus exam tu tak bermakna apa2 lagi... Ada kelulusan yang lebih tinggi korang perlu raih,iaitu lulus menjadi manusia yang toleransi dan hidup dgn penuh aman bahagia di dunia dan d akhirat...ingat tu!
Dan untuk lulus menjadi manusia yang aman bahagia dunia dan akhirat,korang perlu sentiasa optimis.Bukan saja optimis,korang juga kena tanamkan harapan dalam jiwa korang untuk melalui kehidupan yang lebih baik lagi....bersyukurlah,kerana bukti bersyukur yelah dengan menghargai nikmat yang diberikan,maka gunakan nikmat yg diberikan untuk menjadi lebih baik pada masa depan kamu semua nanti... .

2. Paham jati diri

Korang kena sentiasa tanam dalam jiwa,rasa cinta kepada negara dan bangsa.Bukan hanya untuk kekasih atau harta kekayaan saja yg korang kena cinta..Dengan negara bangsa lah korang kena tanam kecintaan tu dalam dan ketat2 kat jiwa korang.,biarkan jati diri memuncak dalam diri masing2 kerana kalau korang da biasa tanam cinta itu dalam jiwa,maka korang layak menjadi pemimpin bangsa..

3. Toleransi

Toleransi ni bahasa pasar nya,kena banyak bersabar,kena pandai bawak diri.makna kata,tolak ansur..Sikap ni sangat penting sbb korang kena amalkan sifat toleransi ni di mana pun korang berada.Bila korang biasa dengan sikap ni,Insyaallah korang boleh memahami perbezaan yang di miliki oleh setiap orang .Allah memang ciptakan kita semua berbeza2.baik dari segi warna kulit,bahasa,budaya,dan lain2 lagi.Oleh sebab itu,perbezaan2 ini tidak boleh menjadi penyebab kepada pepecahan dan permusuhan.Dats why,penting sangat toleransi nih.Dan cara mana untuk kita sentiasa kekal dengan sifat toleransi adalah,akal pikiran kita sentiasa perlu di isi dengan info2 yang berguna dan positif...

Yang ke 4 dan yang paling last,

Belajar tinggi2 sampai ke puncak menara gading.

Dulu kita biasa dengar pepatah nabi, 'tuntutlah ilmu sampai ke negara Cina'..

Betul lah tu... korang jangan berhenti menuntut ilmu walau dengan apa2 alasan sekali pun.Kalau zaman sekarang,pendidikan paling tinggi adalah PHD..jadi  belajar sampai diploma saja tak cukup.kena sambung sampai degree,lepas tu master dan kemudian selesaikan sampai PHD...sampai mana? sampai PHD...ingat tu ok.

Lagi 1,jgn pilih pendidikan yang berorientasikan nak dapatkan pekerjaan semata2.Sbb pendidikan yang berorientasikan hanya nak dapatkan pekerjaan nih tak akan boleh mengubah apa yang ada pada Negara kita.Yang mampu membuat perubahan kepada negara kita ni bila kita cuba menjadi rakyat yang menguasai ilmu pengetahuan.Cuba korang pikir macammana jepun boleh kuasai Tanah air kita satu masa dulu...bukan calang2 orang tau,nak tawan negara orang.. dah lah kata nek beskal ja.. kalau dulu orang2 jepun tu hanya belajar untuk dapatkan kerja,sure2 dia x berjaya datang tawan negara kita..tapi diorg di didik dan di beri pendidikan yang sangat tinggi sampai jiwa diorang kuat untuk perluaskan kekuasaan negara diorang..

Ok anak2,
ibarat pakaian,mak menganggap korang kini pun telah memiliki baju yang sempurna.Namun itu saja masih belum cukup.kamu semua harus melengkapkan nya lagi dengan seluar,stoking,kasut dan lain2 supaya sesuai ke tempat yg ingin di tuju.
Siapkan lah pakaian mu agar menjadi sempurna...

.....................................................................................................................................................................

zzzzzzz....

in my dream ' Kalau aku jadi Guru Besar ...........................'


 













No comments:

Post a Comment