Jum terjah mood15..... :-)

20.9.12

Sejarah best tak?

Kalau tanya aku,study buku sejarah sekolah memang boring.. masa kat sekolah dulu,cikgu tanya soalan,kawan2 aku excited angkat tangan nak menjawab soalan sejarah... tapi aku plak,angkat kaki blah pergi tandas.. kat sekolah lama dulu,tandas perempuan menghadap gunung semanggol..so port paling best nak tuang kelas sejarah.. pastu es pey yem dapat aggregate 3.. kira B lah kot tu..sejarah best? kalau tanya sekarang..pada tahun 2012,aku boleh declare aku suka sangat sejarah..sebab sejarah ni,kalau dalam perkataan bahasa arab adalah syajarah.syajarah means 'pokok'.. so bicara sejarah,adalah bicara 'pokok'....paham tak bicara pokok tu bicara apa?.. jawapannya sangat spesifik dan orang tertentu ja boleh di bgtahu dan boleh paham.. tapi kalau secara generalnya macam ni... kalau kita tgok pokok,kita akan nampak kat pokok tu,ada batang ,ada dahan,ada daun,ada buah,ada ranting dan mungkin ada tupai kalau tu pokok durian.. tapi ada satu benda yang kita tak nampak kat pokok tu adalah akarnya.. ni kira normal pokok yang kita boleh tgok kat sekeliling lah..kalau yang luar biasa,akar kat luar tu kira spesel case dan tak termasuk dengan entry aku kali ni..
so..senang citer,sebenarnya pokok ni ada 3 benda penting...ada akar,ada batang dan ada daun/buah... akar ni,main peranan penting supaya pokok tu boleh stand kukuh kat luar,boleh tinggi batangnya dan boleh hasilkan daun/buah... macam kita sebagai manusia ni boleh amek pelajaran sebab,sistem pokok ni lebih kurang macam sistem bernegara juga.. akar tu adalah aturan/sistem dalam negara,batang tu plak adalah lokasi sebuah negara , dan daun/buah tu adalah penduduk a.k.a rakyat negara...so,kalau aturan/sistem negara kita hebat,negara kita akan jadi hebat.dan kita sebagai penduduk akan jadi hebat jgk..contohnya,macam kat negara jiran kita kat belah selatan tu.. kalau sistem negara depa sistem kafir,negara depa pun negara kafir,so penduduk depa pun penduduk kafir... kalau sistem negara depa islam,negara depa pun negara islam,so penduduk depa pun penduduk islam..tul tak?contoh lagi.. kalau akar pokok tu adalah akar durian,batang nya mesti batang durian lah kan.so buah nya mesti lah buah durian.. kalau lah akarnya akar rambutan,batangnya batang rambutan,tetiba buahnya buah manggis..pelik tak?..tak pun,akarnya akar mempelam,batangnya batang mempelam..tetiba buahnya,buah tembikai... sah pokok tu nanti masuk ripley's believe it or not...
so,main point kat sini.. kalau lah sistem negara yang kita guna adalah sistem orang putih,negara kita sepatutnya negara orang putih.. dan rakyatnya wajiblah kita panggil orang putih.. bukan orang melayu,bukan orang malaysia..okeh?..paham tak...tak paham?..ok takpa lah..hanya orang yang memahaminya ja boleh paham entry aku nih..
tapi, bg aku kasi clear sikit citer pasal pokok ni,senang ja..kalau kita nak ngaku sebagai umat islam,akar kita mesti kena islam.maksudnya yang kat dalam diri kita tu,akidah kita, mesti islam.. pastu diri kita akan jadi islam,baru boleh mengaku umat islam... macam negara plak,kalau kita nak jadi negara islam,sistem tu kena islam dulu..pastu baru boleh jadi negara islam dan penduduknya boleh la di panggil sebagai umat islam.. kalau tak,jadilah macam akar pokok mempelam berbuahkan tembikai.. pakai sistem kafir,negara pun jadi negara kafir,tup2 ngaku umat islam... pelik2...kenapa pelik?.sebab kita tak nak belajar sejarah..orang tak belajar sejarah,dia tak kan tahu asal usul dia sebenaqnya..
dan satu ja aku nak ingatkan kat sini..dalam alquran ada citer pasal puteri balqis dan istana nabi sulaiman,citer pasal nabi sulaiman tergelak dengar kata2 sekumpulan semut,ada citer pasal ketua malaikat mempertikaikan kenabian adam..ada citer pasal nabi musa dengan nabi khidir ,citer pasal tsunami dan citer pasal perjuangan rasul tercinta kita Muhammad S.A.W.... semuanya adalah sejarah....
Oleh itu, apa gunanya Sejarah? Sejarah gunanya agar kita ambil iktibar mengenainya, belajar pasal kesilapan orang terdahulu atau kebijaksanaan mereka.Orang yang bijak pasti menemui sesuatu dalam Sejarah, sebab Sejarah bukan sembarangan subjek, sehingga Al-Quran pun ada menceritakan tentang sejarah .
Sejarah mengajar kita berfikir, dengan pengalaman sendiri mahupun orang lain.kita akan dapat ilmu yang tidak terkira luasnya. So, kenapa tak nak belajar Sejarah?

hari ini hari aku

18 hb sept lepas,birthday my luvly sista...seriously lupa bangat sebab dok fokus pasal citer Sungkyungkwan Scandal dan Rooftop prince.. memang terjebak tul dengan korean movie lepas housemate aku promote City Hunter..tapi seb baik lah,before meeting malam tu,aku sempat call dia.. tapi dia tu best betul, cool ja..tapi aku tak tahu lah kalau dgn aku dia buat2 cool ja..ye lah jaga reputasi sbg mentee orang baik macam aku ni.. ;-)

19 hb sept pulak,dengar taklimat verifikasi harta kat tempat aku cari rezeki.. tajuk taklimat nampak best sebab nak verify harta yang berjuta2 RM ni.tapi bila dengar taklimat tu, memang kena hentam lah fakulti den ni ha..verifikasi last year lagi RM1.2M tak verified lagi,nak tambah yang baru pulak..tapi diorang ni tak agak2 lah bercakap.kalau fakulti aku ni setempat ja takper lah..ni kat ujung perak lah,kat ujung selangor la,ka sipi kl lah..melambak tu harta.tambah pulak staff nya ada sorang ja..aku ni plak,tumpang nama ja sebagai ketua pemverifikasi.tapi tak buat pun sebab aku sendiri ada scope kerja aku yg lebih besar..tak buat,tak close a/c lah fakulti aku nanti..sangat membebankan jiwa bila pikir pasal kerja... fuddepp sangat.

20 hb sept adalah semalam.. masalah keluarga is coming.. abang nak tukar keta,abah pulak dok gaduh2 manja dengan mak sebab mak tak suka kalau ada keluarga kitorang ni berhutang kat bank.abis tu nak wat camner,kalau kita ni anak tokey balak,takper lah tak yah berhutang.tapi ni anak tok imam ja..imam kampung pulak tu.kena lah berhutang..ishh..macam2,walhal takde lah besor sangat keta yang dia nak beli tu..honda accord jeeer..(jeeerr ??) biaq betui abang aku nih..mahal tuhh.. aku yg kerja gomen ni pun tak mampu nak beli..lagi lah dia yang kerja kat kg... tapi bila aku call dia semalam,dia explain lah plan dia..siap justify lagi kenapa dia nak amek keta besar gabaq tu..hmm..really deboomm lah bila tahu income dia bulan2 masuk kat bank.tak sangka,orang ada kebun sawit ni kayo macam tu..kalau aku tahu,idok lah aku dok belajaq tinggi2 sampai masuk U tapi gaji takat lepas tahap poverty line income ni...huhu..rezeki2..betul lah allah kata,DIA takkan ubah nasib seseorang tu kalau orang tu tak ubah sendiri.. so,orang kampung dah buktikan yang setakat RM4-5K ni celah gigi ja...walaupun membanting tulang 4 kerat gila2..kita dok masih dalam selimut depa da bersiap nak ke kebun..yang penting halal,tak makan rasuah,tak dedah aurat,tak langgar hukum hakam agama,ini baru betul rakyat Malaysia.i like!

arini 21 hb sept, aku bangun awal tul..jam 04.30 dah bangun..pastu terus ke dapur,tgok kat dalam periuk nasi,ada nasi lebih malam tadi..tangan terus capai bawang,cili,sayur,telur,perencah nasi goreng adabi dan terus masak.. abis ja masak,terus mandi.. kawan aku sedar,then tanya,aku demam ka apa? jawapan aku,'air nak kena catu pagi ni!'pastu dia plak mandi,dan kejut member lagi sorang..arini kitorang mandi awal,bersiap awal..condo tak de air...pergh,condo tau,bukan flat.bukan apartment cost rendah..sabar je lah... then..lepas bersiap,aku baring balik.sebab mata aku letih ..tak tahu lah penyakit apa,cukup tidur pun mata letih.pastu aku p lah bubuh sepotong timun kat mata aku..best,sampai terlelap setengah jam... ke masalah lain mata ni,nanti aku cek dengan optometrist kat opis aku.tapi betul ke kena jumpa dia..ntah...try je lah..
then,tadi masa aku nak keluar kan keta dari parking,panjang pulak keta beratur kat traffic light tepi sekolah kambing tu.. elok ja lampu hijau,aku nak susur masuk line,keta minah sebelah aku boleh plak main2 telefon..pa lagi,hon lah kan.. then lepas tu aku tgok minah tu usha dari cermin tgh..aku pun,agak keseganan,so aku lalu jalan lain..jauh sikit lah sebab aku taknak 'membontoti' keta dia..betul kot perkataan tu...tiba2 plak,time aku nak masuk simpang,ada bunyi hentaman kat belakang keeta aku plus kaki aku terkejang sekejap sebab tertekan ke depan... pastu tgok kat cermin tgh,ada mamat ca ya nun alif dalam keta belakang dok panjangkan kepala dia tgok belakang keta aku... aduhhh... pagi2 da spoil mood,keta aku kena hentam belakang... keluar nak marah,tgok belakang lagi ada banyak keta plak..then terus lah ketepi n mamat tu ikut ...aku tanya la apa citer..belum sempat aku nak marah,dia kata tak perasan dan terhentam.. hampagass.. tapi seb baik keta aku kemek sikit ja..dia punya keta,sampai no plat tanggal,lambang perodua patah,dan ada kemek yang teruk lah kat depan keta dia..nak tergelak pun ada,sebab keta dia lagi teruk..pastu,bila tgok jam,aku dah lewat..so ,aku minta ja no phone dia..nanti dapat bill aku claim separuh kat dia..mula2 aku kata,tak payah bayar sebab aku kesian tgok dia.tapi bila ingat yang takkan nak lepaskan orang yang da spoil mood aku pagi2 ni,so aku kata nanti aku claim separuh lah..dia pun nampak macam baik ja..so no hal lah.. takat keta ja ok..klau badan aku kemek,baru aku claim 100%..
so.. hari ni memang hari aku.. tak de lah sebest orang lain,tak sesusah orang lain.. yang penting ni blog aku so aku boleh tulis apa saja.. dan yang penting aku tak citer benda yang boleh buat orang hentam aku balik dalam fb nanti...


11.3.12

Opick - Dengan Mu Aku Tenang

Tuhan sentuh aku dengan cinta-Mu
Basuh rindu dendam hatiku
Berlari mencari diri-Mu
Terbata meraba di fatamorgana dunia

Tuhan ampun bila hamba terlena arungi sang hidup
Menangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa

Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang

Berlari mencari terlempar tak pasti
Terbata meraba di fatamorgana dunia
Menangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa

Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang
Aku tenang
Aku tenang

(suka dan duka dalam hidup,menangis dan ketawa,telah tergores bagai lukisan dalam hati.Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaimu Ya Allah...)

Friendship hunt 2012

Masuk 2 hari aku tidur lewat.dalam jam 04.00 baru rasa ngantuk lepas dok mem'brain storming diri sendiri untuk mencari klu soalan paling kreatif untuk anak dan umi projek pendidikan kami.Ditambah lagi dengan kerja opis yang sangat2 melambak,aku terpaksa ketepikan,semata2 untuk menyiapkan task aktiviti sebelum perjalanan bermula.Cadangan untuk buat eksplorace guna tulip ni memang aku da lama idam2kan ,tapi tak dapat peluang.so,bila start tahun 2012 ni,aku bertanggungjawab dalam projek special team edu aku,maka idea menggunakan tulip sign ni lah yang menjadi priority konsep aktiviti aku.. alhamdulillah dengan bantuan sorang guru kimia,terhasillah soalan untuk perjalanan menuju ke Sabak Bernam.. Antara soalannya.


QUESTION 7:


                          R

                  R       O     AD                    

                          A    

                          D



Do you see what I see? Learn as an official Collector


ANSWER :


MENARA PEMERHATI POLIS


QUESTION 9:

Bersenam untuk sihat?Dalam rumah pun boleh.Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.Kemudian, Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, dan jauh lagi dan sejauh-jauhnya....Cubalah.bercahaya hidup anda nanti.

ANSWER :

PERMATA HIJRAH

QUESTION 10:

Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A,B,C,D,E,F,G,H,I,J,K,L,M, N,O,P,Q,R,S,T,U,V,W,X,Y dan Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

ANSWER :

KOMPLEKS PKNS

QUESTION 11 :


Satu hari saya teringat akan kisah dua orang budak lelaki yang terserempak dengan seekor singa ketika sedang berjalan-jalan di hutan Miri.Salah seorang daripada mereka mencadangkan supaya mereka cabut lari sahaja manakala yang seorang lagi dengan diam-diam mengeluarkan kasut sukan dari begnya lalu memakai kasut itu.Budak yang pertama berkata,”Jangan jadi bodoh.Kau tak mungkin dapat lari lebih laju daripada singa tu’’.Budak yang kedua memandang rakannya lantas menjawab,”Aku tak perlu lari lebih laju daripada singa itu-yang penting aku dapat pecut lebih laju daripada engkau..haha..bye”..bertuah betul budak lelaki tu,siapa lah dia tu kan?


ANSWER :

WATSON


QUESTION 12:


Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu digunakan oleh budak-budak sekolah ketika hantar surat cinta.





ANSWER :

POSLAJU

QUESTION 14



Auntie Anne membeli kari ayam tanpa hutang!



ANSWER :

CASH AND CARRY

QUESTION 15



2 + 2 + 1 = 5



ANSWER :



LUKISAN IKAN BERLAINAN ARAH

QUESTION 16



Usaha seekor beruk menjadi manusia!





ANSWER :

DARWIN THEORY

QUESTION 20


10 makanan dicatu


ANSWER :


TENAGA NASIONAL BERHAD

QUESTION 3 :

Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.Dan siapa pula Bob AF2 pula??Lelaki yang bergaya dengan tangannya...


ANSWER :

MESRA
mcm2 ragam aku tgok diorang nak jawab soalan ni,dari jam 10 pagi bertolak dari Giant Shah Alam,jam 06.00 baru sampai pekan Sg besar sabak bernam.. kalau normal perjalanan,tak sampai pun 3 jam perjalanan,tapi kali ni,depa abiskan lebih kurang 8 jam perjalanan.tapi yang happy nya,sampai homestay,depa still boleh relaks lagi n bersemangat untuk menyiapkan task yang lain..Mereka memang terbaik,dan moga Allah berikan Keredhaan kepada kami semua..

sambung lain......

1.3.12

time free...

www.009permainan.com  ,best juga isi masa free dengan main games.tak boleh selalu,kadang2 ja boleh lah...

22.2.12

Berita hari ini

Britain bantu mangsa Islamofobia


2012/02/23

LONDON: Talian khidmat bantuan pertama dilancarkan di Britain bagi membantu mangsa Islamofobia berikutan kebimbangan jenayah kebencian terhadap masyarakat Islam tidak dilaporkan atau ditangani secara wajar.

Tahun lalu 2,000 kes jenayah kebencian direkodkan membabitkan pelbagai fahaman di England, Wales dan Utara Ireland.
Faith Matters, pertubuhan bukan kerajaan berharap dapat membuktikan skala masalah dan memberikan bantuan kepada mangsa.
“Kebanyakan penduduk berpendapat, jenayah Islamofobia tidak wujud.

“Jika seseorang yang beragama Islam dianiaya, diserang atau menerima risalah dengan komen menghina mengenai agamanya, saya mahu dengar dan melihatnya,” kata pengarah Faith Matters, Fiyaz Mughal.

Berdasarkan laporan itu, Faith Matters akan memantau insiden selama 12 bulan sebelum melaporkan keputusannya.

Sementara itu, ahli akademik di Universiti Lancaster, Dr Leon Moosavi, menjalankan kajian terhadap Islamofobia menyatakan penduduk Islam kian ramai di Britain.
“Ia adalah masalah yang semakin merebak di Britain. Lebih banyak pendidikan diperlukan di sekolah dan masyarakat Islam juga perlu membimbing penduduk Kristian mengenai agama mereka,” katanya.

Pada masa ini, media melaporkan bahawa insiden anti Islam dipantau oleh Islamphobia Watch, Engage dan Suruhanjaya Hak Kemanusiaan Islam tetapi tiada yang mampu menawarkan khidmat peribadi kepada mangsa. – Agensi

gelak jom..

Selamat ptg...............


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat

rajin2 belaka ..


 Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari

seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"
Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang
menyuapkan saya".
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi  : "Saya lebih malas lagi dari
dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas
awak?"
maka  jawabnya  : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong
kunyahkan".

Maka raja pun terdiam?
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil
berkata:
"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya, : "bagaimana
pula tahap kemalasan awak?"
budak itu pun menjawab  : "Nak cite pun malas"...hehe

21.2.12

Untuk sesorang yang membacanya

Salam..

saya tidak lah sesibuk mana awak,tapi sekarang ni banyak sangat perkara yang berlaku dalam kehidupan saya sebagai hamba Allah,pekerja,pelajar dan juga sebagai 'Umi'.Tahun 2012 ni senang cerita, agak mencabar intelektual dan emosi saya untuk menjadikan sesuatu yang berada di hadapan saya lebih baik dari semalam.Saya tak dapat menjanjikan yang saya boleh sentiasa contact awak,bermesej dengan awak,chatting atau sebagainya..tapi apa yang saya boleh katakan di sini,awak 'sentiasa' dalam hati saya,'harapan' saya...awak tahu semuanya tu kan?..hari2 saya tgok perkembangan awak dalam FB,nak tegur pula,saya rasa lebih selesa jika saya hanya sebagai 'stalker'..boleh gitu? ;-)
dan apa yang saya ingin katakan di sini,semakin jauh kita melangkah, semakin banyak cabaran yang akan kita hadapi. Namun,semakin kita berani menghadapinya, maka akan semakin kuat hidup kita di masa akan datang. Kekuatan akan teruji ketika hidup menghadapi banyak masalah dan kesulitan. Kuatkan lah semangat dan jati diri awak dalam menghadapi setiap perkara yang berlaku.Jadikan dunia awak menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain dan mungkin untuk saya juga. .Akhir sekali,Jangan sekali-kali lalai dengan perintah yang Maha Esa kerana dia lah pemegang 'kunci' kehidupan..
Saya sentiasa sayang awak kerana Allah..

ikhlas namanya..

Jangan menolong orang sambil memarahi dia. Kalau engkau berbuat amal, jangan disertai kata-kata yang menyakitkan hati. Kata-katamu seperti embun yang memberi kesejukan dalam panas terik dan lebih berharga daripada pemberian. Kata-kata yang tepat lebih berharga daripada hadiah yang bagus. Tetapi orang yang dermawan memberi kedua-duanya.

"Do not help people as she scolded him. If you do good, not with words that hurt. Your words like the dew that chills in the heat and more valuable than the gift. Exact words more precious than a good gift. But the benefactor to both."

Senyumlah...

Bicara Senyum yang diambil dari fb Setitik Embun bistari,karya Soekmoadi telah menyentuh perasaan di pagi rabu ini..

  • Senyum adalah bahasa dunia.Ia menunjukkan keceriaan.

  • Senyum adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna.

  • Senyum adalah jalan pintas bagi seseorang yang menyukai sesamanya.

  • Senyum yang kita berikan pada orang lain adalah sedekah.

  • Senyum adalah suatu pelabuhan yang tidak merugikan.

  • Senyum harus ada ketulusan.

  • Senyum yang dibuat-buat pasti tidak menyenangkan.Seperti kening yang berkerut.

  • Senyum juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.

  • Apabila kita tersenyum, orang akan tersenyum balik pada kita.

  • Orang akan merasa dihargai bila kita senyum padanya.

  • Ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita.

  • Senyumlah kepada orang yang tidak kita kenali hari ini.

  • Kelak ia akan membalas senyuman kita juga.

  • Pujangga meyebut, "Senyum itu kelopak, tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya."