Jum terjah mood15..... :-)

21.2.12

Untuk sesorang yang membacanya

Salam..

saya tidak lah sesibuk mana awak,tapi sekarang ni banyak sangat perkara yang berlaku dalam kehidupan saya sebagai hamba Allah,pekerja,pelajar dan juga sebagai 'Umi'.Tahun 2012 ni senang cerita, agak mencabar intelektual dan emosi saya untuk menjadikan sesuatu yang berada di hadapan saya lebih baik dari semalam.Saya tak dapat menjanjikan yang saya boleh sentiasa contact awak,bermesej dengan awak,chatting atau sebagainya..tapi apa yang saya boleh katakan di sini,awak 'sentiasa' dalam hati saya,'harapan' saya...awak tahu semuanya tu kan?..hari2 saya tgok perkembangan awak dalam FB,nak tegur pula,saya rasa lebih selesa jika saya hanya sebagai 'stalker'..boleh gitu? ;-)
dan apa yang saya ingin katakan di sini,semakin jauh kita melangkah, semakin banyak cabaran yang akan kita hadapi. Namun,semakin kita berani menghadapinya, maka akan semakin kuat hidup kita di masa akan datang. Kekuatan akan teruji ketika hidup menghadapi banyak masalah dan kesulitan. Kuatkan lah semangat dan jati diri awak dalam menghadapi setiap perkara yang berlaku.Jadikan dunia awak menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain dan mungkin untuk saya juga. .Akhir sekali,Jangan sekali-kali lalai dengan perintah yang Maha Esa kerana dia lah pemegang 'kunci' kehidupan..
Saya sentiasa sayang awak kerana Allah..

No comments:

Post a Comment