Jum terjah mood15..... :-)

25.3.13

Kopi 0 panas dan nasi lemak

Kombinasi sarapan yang sangat ummmphhh di pagi hari yang baru lepas ujan di tengah malam tadi...hehe...(paham kan ayat ni?)



nasi lemak ni memang makanan tradisi orang Malaysia untuk sarapan pagi... dulu harga nya dalam RM 0.50 da dapat..tapi sekarang paling ringkas dan kosong pun dapat RM 1.20...tapi kuantiti lagi sikit dan takde la sedap mana.. masa kecik2 kat kg dulu,makcik saya adalah penjual nasi lemak yang sangat glamer kat kg sg pulai tu.dia punya sambal ikan bilis memang takde tandingan dengan orang lain.RM 0.60 ja kot dia jual.tapi dia ni bagus lah,sebab nak jaga kualiti,dia takkan masak banyak.sehari tu dalam 60 bungkus ja lah.so 1st come,1st serve... kalau letak kat kantin Sekolah Kebangsaan Tanjong Tohor tu,rasanya tak sampai 15 minit kot,sure da licin...

Sedapnya nasi lemak ni memang takde tandingannya... kalau saya,saya pentingkan sambalnya..kalau sambal sedap,memang boleh terangkat dua bungkus lah...  tapi ada orang kata nasi lemak ni tak bagus sebab banyak santan...lepas tu berminyak dengan sambal lah..apa lah...

Pada saya,suka ja sebab nasi lemak ni saya rasa lebih sihat dari roti canai,mee goreng atau pun nasi goreng..kalau nasi goreng ni,setiap butir nasi tu di saluti minyak...kalau nasi lemak ni,memang lah bersantan,tapi orang sekarang ni kalau dia jual nasi lemak pun,santan da kurang... then kita dapat makan ikan bilis goreng,ada telur rebus and yg paling penting ada timun segar...haa.. sihat lah jugak kan..

Kopi O pula,saya dapat dari mak mertua..katanya kalau kat kedah,diorang akan buat kopi sendiri..bukan dari kilang macam yg ada kat kl ni... yang aku minum is purely made from Kampung... sangat pekat likat hitam tapi sedap secukup rasa...

sentiasa hargai makanan Malaysia since takde sarapan lain yang setanding dengan sarapan tradisi ni... :-)

Proud to be Malaysian!!

24.3.13

Kawan baik



They are my friends till jannah...selalu bersama dan akan bersama walaupun dah ber anak pinak.. buktinya,dua orang dalam gmbr ni dah kawin tapi tetap bersama mereka untuk mengisi masa yang ada dengan aktiviti yang happening,bermanfaat dan tiada yang sia-sia. amien...

Luv uolsss so much frenss.
Tukar nama

Haaa..... arini baru ada kesempatan untuk tukar nama blog ...(not bukan ada kesempatan sangat lah) actually baru pandai.sebelum ni tak tahu nak tukar nama tu kat mana..hehe.. sangat amatur dalam blog memblog ni.

Tekad dalam diri lepas ni, blog ni lah diari aku yang akan menceritakan segala yang berlaku dalam diri aku.. ada orang baca ke,tak suka ke,menyampah ke,aku tak kisah sebab this is me.this is my diari dan ini cerita aku..nobody kan stop me even my Mr Smart...ihikss..

Cerita sedih,peringatan atau kata2 azimat kepada sesiapa yang membaca akan di share supaya menjadi bahan bacaaan semua...

salam memblog...

21.3.13

Makan berdua2an di rumah

Seminggu sebelum majlis kawin g survey dapur gas kat Courts Mammorth..plan nak beli tapi ada kawan kata,biar dia hadiahkan ja dapur gas tu.. Now,masuk 3 minggu kitorang kahwin,still dapur gas tu tak jelma2.. buat muka tak malu ja dok push kawan tu suruh bagi awal sebab nak masak kan untuk Mr Smart i sorang ni... huahuahua..

Dapur gas takde,tak boleh makan kat rumah?...no...no..no... air tangan isteri lebih baik untuk suami ok.So,aku tak kering idea.. sehari lepas balik dari majlis kat kedah,kitorang beli fridge.then aku pun terus beli Jem,susu kotak dan berbagai buah2an tempatan macam betik,tembikai,epal,mata kucing,dan mempelam untuk di sumbatkan dalam fridge.Megi,telur,roti,biskut dan Cornflakes pun tak lupa.So,dengan keikhlasan aku untuk Mr Smart,kitorang da atur pemakanan kami... Pagi makan Cornflakes ngn susu atau telur separuh masak atau roti dengan jem.. Lunch offcourse la kat opis masing2.then,petang after work kitorang makan buah2an tempatan... Malam pun makan buah2an..tapi kadang2 tak cukup gak,so aku tunjuk skill masak megi gak lah guna Microwave yang bos bagi....Memang puas hati lah dapat makan sama2 dengan Mr Smart berdua2an di rumah sambil borak2.Pastu megi yang aku masak pun dikatakan sedap...hehe..Ohya tips kalau makan megi tu,aku nasihat kan kat korang supaya bila air rendaman megi tu da panas,baik kita tapis semula dan amek air panas lain untuk ditambahkan dengan perencah megi..sebab megi ni ada banyak bahan bukan makanan yang ada dalam proses pembuatan megi ni.lepas tu, bila makan pun,jgn campur perencah banyak sangat..sebab kita pun tahu kan,megi ni banyak keburukan nya..tapi sebab megi ni cepat di masak,sedap di makan kan,so kalau sekala-sekala tu boleh la... macam kitorang lepas makan megi,kitorang akan balas balik dengan minum air masak banyak2 banyak...

Korang yg da berumah tangga tu,harap2 kurang2 kan lah makan kat luar rumah ni.. tak elok sebenarnya sebab yang pertama,kita tak tahu kebersihan makanan kat luar ni,da la terdedah dengan pencemaran udara lagi bagai..yang keduanya bila kita makan kat luar ni,biasanya waktu malam... ada yang kdg2 tu kita pergi makan naik motor ja,itu membahayakan keselamatan dengan zaman sekarang ni yg penyamun,perompak byk berkeliaran di sekeliling kita.. then plak,kekadang pemakaian orang2 sekarang ni sangat tak sesuai.aku pernah nampak sorang minah ni keluar dengan husband dia kot,tapi pakai baju tidur pergi kedai makan..ada ke patut?..yang pakai terdedah sana sini,lagi tak sesuai langsung..tahu lah da moden,tapi jgn lah selamba sangat...Apa2 pun kita tetap kena ada adab dan sopan sebagai warganegara malaysia ...Pada aku,orang perempuan yang pakai baju terdedah sana sini macam tak cukup kain tu,memang ketinggalan zaman... sebab orang zaman dulu ja yang takde pakaian,pakai cawat dan tutup apa yang patut ja..kemudian bila kedatangan agama islam,islam memperkenalkan pakaian yang tutup aurat supaya terhindar daripada bahaya bencana dan menjaga kesucian diri... so,bila ada orang yang masih lagi pakai pakaian yang macam tk cukup benang kain ni,memang sangat ketinggalan zaman..peace!!

20.3.13

Malaysian University English Test






Semalam Mr Smart minta tolong register kan nama dia untuk permohonan Ijazah UiTM.Oleh kerana dia nak kerja sambil belajar,so aku buka website ined uitm. senang ja nak cari,kita taip ja www.ined.uitm.edu.my .dekat situ banyak lah informasi untuk belajar dgn kaedah PJJ dan PLK.
Tahu tak PJJ dan PLK ni apa? PJJ ni means,Pengajian Jarak Jauh dan PLK pulak Pengajian Luar Kampus.Kedua-dua nya sama,satu sistem pembelajaran yang di perkenalkan di Uitm yang mana punyai misi yang sama,untuk beri anak bumiputera yang sudah berkerja sijil pendidikan di peringkat lebih tinggi.Cuma antara rajin atau malas ja lah,sebab kalau PLK ni kelasnya hari2 kalau tak silap,start jam 06.00 petang sampai 10.00 malam .kalau PJJ plak,kelas hari ahad sebulan sekali.tapi assessment,quiz,assignment,test semua ada dan perlu dibuat samada thru online atau dalam kelas.Sangat mudah kalau kita ada motivasi yang tinggi untuk naikkan taraf pendidikan kita.

Termasuk lah Mr Smart saya ni,dia sekarang ada Diploma dan bekerja dalam bidang HSE.dah amek 3 paper untuk dapatkan green book.tapi dia perlukan degree untuk dapatkan taraf professional dan gaji yang lebat masyuk... aku sebagai isteri,amat mengalu-alukan keinginan dia untuk amek degree ni.itu yang aku tak keberatan untuk tolong register kan dia permohonan untuk ambik MUET ni.
Oleh kerana aku da lama tinggalkan zaman MUET ni,so kena riki semula lah tentang MUET

1stly, MUET is stand for Malaysian University English Test . bagi orang2 yang nak dapatkan ijazah pertama diorang kat universiti kat Malaysia ni,memang wajib amek lah paper ni..kalau tak nanti,diorang tak layak nak amek sijil ijazah tu..

2ndly, MUET ni di jalankan sebanyak 3 kali setahun, iaitu pada bulan Mac,Julai dan Nov

3rdly, Tiada kelayakan apa2 ok untuk ambil sijil ni... tapi ku rasa mesti lah kena ada SPM kan..kalau tak,buat apa nak amek sijil ni..kalau kata nak sesaja,i dun think so ler.. jgn nak perabih duit la sebab yuran untuk amek sijil ni adalah RM 100 .

4thly, Soalan tak susah mana pun, cuma ada 4 paper ja yg perlu dilalui..macam nak amek green book lah bagi budak2 safety.kena lepaskan 4 paper ni baru boleh masuk ke step seterusnya.Paper2 tu adalah kertas 1 (Listening), kertas 2 (Speaking), kertas 3 (Reading), dan kertas 4 (Writing).

5thly, Pendaftaran peperiksaan MUET boleh dibuat secara dalam talian (online)di Portal MPM http://www.mpm.edu.my atau korang pegi ke http://www.mesp.gov.my/Online untuk mengetahui cara membuat pendaftaran..

6thly, sijil MUET ni laku kalau tak silap dalam 5 tahun dari tarikh sijil di keluarkan...ramai bebudak yang nak masuk U,dia akan amek test ni dalam masa yang terdekat dengan waktu permohonan diorang..memudahkan cara dan tak sulit time nak konvo nanti..kalau tak,sijil konvo korang akan di sita kalau takde MUET...


paham dah apa tu MUET? so now aku kena tgok tarikh nya plak untuk tahun ni..

Sesi Mac da tutup
Sesi Julai - 01 April (tarikh pendaftaran di buka)
                  19 April (tarikh pendaftaran di tutup)
Sesi Nov - 08 Julai (tarikh pendaftaran di buka)
                  25 Julai (tarikh pendaftaran di tutup )

ok ... bagi sesiapa yang nak amek MUET,gud luck ok..doakan Mr Smart i pun berjaya jugak... berdoa untuk orang lain pun satu cara untuk Allah mudahkan doa kita sendiri.. :-)


   

18.3.13

Projek 02 Mac 2013

Alhamdulillah projek 02 Mac 2013 telah berjalan dengan lancar..tak ujan,tak mendung.tapi panas yang amat sangat.sebelum majlis kawin,memang da lama bumi muar tidak di curahkan air dari langit,cuma 2 malam sebelum majlis,hujan lebat turun membasahi bumi.lepas tu,hujan tak mengunjung tiba hingga berminggu-minggu.Bersyukur dengan cuaca yang di anugerahkan.tapi hasilnya,aku sebagai Queen of the day bermandi peluh,muka tak larat di touch up,dan badan letih kepanasan...pegang tangan Mr Smart pun,melekit dengan peluh...hehe..kesian dia.kalau kat kedah tu panas2 pun ber angin lah jugak kan sebab kawasan lapang dengan sawah padi.. tp kat johor ni penuh dengan kelapa sawit menjulang ke langit..

Sampai ke petang,kawan2 masih lagi tak henti2 datang,tak kira dari pihak dia mahupun aku sendiri..yang pasti untuk projek ni,aku tak lah berhabis sangat..kawan2 dok abis puluh2 ribu,aku hanya takat dalam beberapa K ja... memang jimat sikit lah sebab duit makan,khemah,door gif dan kompang semua Pa&Ma sponsor.So,duit yang aku keluarkan hanya untuk :

1. Barang Hantaran - Sirih Junjung (Sirih free kot amek kat belakang umah mak den..)
                                - Pen (dia beli da masa kat Indon dulu..Mark&Spencer kott)
                                - Maybank Silver Account book ( Hadiahkan dia 50g silver ja...hehe..murah )
                                -  Perfume Carolina Harrera
                                - Coklat
                                - Jam Casio Beside (Dia beli sendri...ihikkss)
                                -  Tafsir Alquran (Dia beli kat Indon with 15 Functions..tapi aku pun tak tgok lah
                                   apa function yang ada dalam tafsir tu)

2. Dekorasi Barang hantaran - RM 150 .semua bunga dibeli kat Romantika..

3. Door gift untuk rakan2 - RM 200

4. Mak andam,pelamin,photography - RM 1600 (mak bayarkan separuh...alhamdulillah syukur)

5.Baju nikah dan resepsi - RM 500 (paling simple.. aku tak bersanding,muka tak comey,malu nak tayang kat orang ramai..hehe)

 6.Cadar pengantin - RM 1XX .. Jean Perry yang the simple one loh...kalu tak,takde nya nak dapat RM 1XX jer...

7. Kos2 lain yang tak tertulis kat sini..sebab aku tak ingat dah..

Aku dapat pelajaran dalam Projek aku ni,bahawasanya,kalau kita da jadi parents nanti,kita memang kena menabung sikit untuk anak2 kita..bukan tanggung depa kat zaman belajar ja,tapi kalau boleh sampai depa nak kawin pun,kena lah sponsor sikit2.. bukan nak manjakan anak,tapi zaman anak berbeza dengan zaman mak bapak.. kalau arini belanja kahwin RM 30-40 K,tapi lagi 20-30 tahun akan datang,harga makin tinggi..ntah2 boleh cecah RM100K..ini kalau cakap pasal majlis simple dimple lah...bayangkan kalau anak tu baru nak kerja,mana depa nak cekau duit banyak2..time belajar dah dapat pasangan hati,sure lah diorang nak pasang niat nak kawin..tapi sebab takde duit,depa kena lah tahan bercintan cintun 3-4 tahun,so time tu,mungkin da beribu kali dating,tgok wayang,terpegang tangan,terpeluk ka... jadi dari depa buat maksiat,baiklah si mak dan bapak ni kumpul duit then tolong anak2 tu bila depa nak kawin... lagipun,tak rugi pun,mak bapak dapat menantu,tak lama pastu dapat cucu plak... sapa nak bg kan?. kalau mak bapak tak tolong,anak2 akan terpaksa buat loan pinjam sana sini..kesian kat anak tu,baru nak mula hidup da hutang keliling pinggang... then kalau stress,kerja diorang akan terganggu,hubungan kekeluargaan pun akan bermasalah...pastu takde duit,anak bini depa bagi makan makanan yang tak berhasiat sebab tak cukup duit,duk umah sempit2 dan macam2 lagi lah masalahnya.. So,dari kita jadikan generasi kita akan datang bermasalah,baik lah kita yang baru kawin ni,da  kena pikir saving untuk keluarga akan datang...

Bila Mr Smart berjaya mengambil aku menjadi isterinya yang halal dengan sekali lafaz,aku tekad pada diri sendiri untuk bersama2 dengan dia untuk menjadikan kami sebagai satu miniature sistem bernegara yang menjadi contoh untuk semua orang sekeliling kami..Insyaallah..