20.3.13
Malaysian University English Test
Semalam Mr Smart minta tolong register kan nama dia untuk permohonan Ijazah UiTM.Oleh kerana dia nak kerja sambil belajar,so aku buka website ined uitm. senang ja nak cari,kita taip ja www.ined.uitm.edu.my .dekat situ banyak lah informasi untuk belajar dgn kaedah PJJ dan PLK.
Tahu tak PJJ dan PLK ni apa? PJJ ni means,Pengajian Jarak Jauh dan PLK pulak Pengajian Luar Kampus.Kedua-dua nya sama,satu sistem pembelajaran yang di perkenalkan di Uitm yang mana punyai misi yang sama,untuk beri anak bumiputera yang sudah berkerja sijil pendidikan di peringkat lebih tinggi.Cuma antara rajin atau malas ja lah,sebab kalau PLK ni kelasnya hari2 kalau tak silap,start jam 06.00 petang sampai 10.00 malam .kalau PJJ plak,kelas hari ahad sebulan sekali.tapi assessment,quiz,assignment,test semua ada dan perlu dibuat samada thru online atau dalam kelas.Sangat mudah kalau kita ada motivasi yang tinggi untuk naikkan taraf pendidikan kita.
Termasuk lah Mr Smart saya ni,dia sekarang ada Diploma dan bekerja dalam bidang HSE.dah amek 3 paper untuk dapatkan green book.tapi dia perlukan degree untuk dapatkan taraf professional dan gaji yang lebat masyuk... aku sebagai isteri,amat mengalu-alukan keinginan dia untuk amek degree ni.itu yang aku tak keberatan untuk tolong register kan dia permohonan untuk ambik MUET ni.
Oleh kerana aku da lama tinggalkan zaman MUET ni,so kena riki semula lah tentang MUET
1stly, MUET is stand for Malaysian University English Test . bagi orang2 yang nak dapatkan ijazah pertama diorang kat universiti kat Malaysia ni,memang wajib amek lah paper ni..kalau tak nanti,diorang tak layak nak amek sijil ijazah tu..
2ndly, MUET ni di jalankan sebanyak 3 kali setahun, iaitu pada bulan Mac,Julai dan Nov
3rdly, Tiada kelayakan apa2 ok untuk ambil sijil ni... tapi ku rasa mesti lah kena ada SPM kan..kalau tak,buat apa nak amek sijil ni..kalau kata nak sesaja,i dun think so ler.. jgn nak perabih duit la sebab yuran untuk amek sijil ni adalah RM 100 .
4thly, Soalan tak susah mana pun, cuma ada 4 paper ja yg perlu dilalui..macam nak amek green book lah bagi budak2 safety.kena lepaskan 4 paper ni baru boleh masuk ke step seterusnya.Paper2 tu adalah kertas 1 (Listening), kertas 2 (Speaking), kertas 3 (Reading), dan kertas 4 (Writing).
5thly, Pendaftaran peperiksaan MUET boleh dibuat secara dalam talian (online)di Portal MPM http://www.mpm.edu.my atau korang pegi ke http://www.mesp.gov.my/Online untuk mengetahui cara membuat pendaftaran..
6thly, sijil MUET ni laku kalau tak silap dalam 5 tahun dari tarikh sijil di keluarkan...ramai bebudak yang nak masuk U,dia akan amek test ni dalam masa yang terdekat dengan waktu permohonan diorang..memudahkan cara dan tak sulit time nak konvo nanti..kalau tak,sijil konvo korang akan di sita kalau takde MUET...
paham dah apa tu MUET? so now aku kena tgok tarikh nya plak untuk tahun ni..
Sesi Mac da tutup
Sesi Julai - 01 April (tarikh pendaftaran di buka)
19 April (tarikh pendaftaran di tutup)
Sesi Nov - 08 Julai (tarikh pendaftaran di buka)
25 Julai (tarikh pendaftaran di tutup )
ok ... bagi sesiapa yang nak amek MUET,gud luck ok..doakan Mr Smart i pun berjaya jugak... berdoa untuk orang lain pun satu cara untuk Allah mudahkan doa kita sendiri.. :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment