Assalamualaikum,
Perkongsian ,
Bertemu buku dengan ruas = sesuai,seimbang
Hari ni sangat excited untuk baca sikit info tentang PRU13..sebabnya?? malam ni saya ada meeting dengan sahabat2.normally adalah bicara ilmu yang akan kami keluarkan,dan pastinya mungkin malam ni kami akan bincang isu hot sekarang ni pasal PRU 13.
Sambil2 cari tu,macam2 versi cerita,komentar dan pandangan tentang sapa yang akan menang kali ni..Bagi saya,saya akan a.k.a wajib balik Muar untuk mengundi nanti..sebab inilah masanya untuk kita tentukan siapa pemimpin yang selayaknya membimbing negara kita sebaiknya.Malaysia ni,memang nampak sangat aman takde perang bagai macam kat luar negara sana,tapi konflik dalaman sangat hot jugak.Boleh tikam lidah n putus sedara lah kalau bicara pasal politik ni...kan?
Cuma,ingat ya kawan2.. dalam kita tak sabar menunggu masa untuk mengundi nanti... tak perlulah nak fanatik sangat dengan team yang korang pilih tu.. be natural dan jgn terlalu ikutkan emosi...kali ni pasukan kerajaan BN dah temu pesaing yang terbaik. Kerajaan BN memang tak boleh duduk diam sebab dia dapat pasukan pembangkang yang sangat agresif dan energetik.
Rasanya da banyak improvement kerajaan BN ni,cuma kalau mungkin ada umat2 dalamannya yang masih bermain dengan politik wang dan tidak menggunakan akal fikiran yang waras bila bertindak,memang patut benteras awal2..jika tidak, rakyat tidak akan lagi menghormati kerajaan BN dan pasti benci sebencinya dengan parti ni time election nanti.. tul taks ?
Wujudnya parti pembangkang yang pandai mendekati rakyat dengan menunjukkan kebajikan sana dan sini, (tak lupa mereka ni pandai juga ajar rakyat berdemonstrasi dan bongkar keburukan BN.. :-) ) apatah lagi ada wakil parti pembangkang ni buat kerja sosial seperti sponsor projek pendidikan dan sebagainya,actually memberikan idea dan buah fikiran kepada parti kerajaan untuk berbuat sesuatu untuk rakyat..Dan hari ini kita dapat tgok macam2 perancangan yang sudah dijalankan seperti BRIM,BLIM,voucher buku,kedai rakyat dan sebagainya.. inilah masanya BN merancang dan menguruskan hal2 wajib untuk masyarakat Malaysia yang tak pernah jemu mengharapkan kerajaan yang menjiwai rakyatnya..
So,dua team ni sebenarnya boleh buat check n balance untuk pemerintahan dalam Malaysia.. Insyaallah kita harapkan yang terbaik untuk semua.
Ohya,lagi satu yang terpenting dalam proses pemilihan pemimpin ni,saya terbaca yang Lim Kit Siang mencadangkan satu formula untuk menang dalam PRU akan datang..dengan cara,Melayu sokong DAP,Cina India sokong PAS atau PKR...ehemmmmmmm.... kita tgok sikit manual kita jap :
Surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah menolong
sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha
Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi
nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang
makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali
segala urusan”.
Justeru,berhati-hatilah dalam memilih pemimpin kerana kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....
Do the best to all the parties and Gud luck.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment