Mengenali Parlo Agency di MATTA Fair awal tahun ini juga merealisasikan impian kami kesana dengan perbelanjaan yang sangat murah... Harga RM 459 untuk accomodation 4 hari 3 malam berserta makan (3 kali sehari) dan upah tourist guide sekali juga dengan tiket masuk ke Forbidden city,Summer Palace,dan Grreat wall of china... hmmm.. menarik kan?
Perjalanan kami makan masa dalam 6 jam,bermula dari KLIA Malaysia ke Beijing Capital International Airport sangat di terujai..Kami disambut mesra oleh tourist guide kami yang da tunggu lebih kurang 2 jam setengah dengan senyuman yang tak lekang di bibir... Jessica namanya. Sporting,Enjoy,baru umur 27 tahun but married with seorang arkitek... Tempat pertama yang kami tujui adalah di Tian Nan Men Square.Dataran yang sangat luas,disekelilingnya ada monumen,muzium nasional China,Memorial hall Chairman Mao dan pintu masuk kepada Forbidden City... Citer banyak taknak,so kita layan gambar nti k... :-)
Lepas tu kami lunch di Halal Restaurant dan terus ke Tea Shop.Kerajaan China punya tempat...huhuhu...tak nak pergi..tapi kena pergi jugak sebab mana2 agency yang kita guna,kalau g China,da menjadi kewajipan dalam itinerary pelancong ,mesti lawat government place depa..Mungkin dengan cara ni,boleh kaut keuntungan direct dari pelancong di samping memperkenalkan produk2 tempatan rakyat China...
Satu Idea sangat bernas,di samping tourist guide juga akan dapat komisyen based on barang yang kita beli di tempat government tu,setiap hari yang kita lalui sepanjang berada di Negara China akan sangat padat dengan tempat2 perniagaan kerajaan depa...Gain income direct from tourist...
Hari kedua,ketiga dan keempat juga dipenuhi dengan lawatan sambil 'membeli' di Government shop seperti,Silk store,Crystal Shop,Burning Cream Center,Jade House,Fresh water Pearl Center,Herbal Medicine Centre dan Bamboo Charcoal Shop selain tempat yang kami sangat teringin nak tgok depan mata seperti Great wall of China,Summer Palace,Temple Of Heaven,Bird Nest dan Water Cube Stadium.. Oppss...tak lupa juga di Market yang ada banyak jual cenderahati untuk family sahabat handai kami di Malaysia..Tak silap kami pergi di Yashow Market kot...
So,tak nak citer banyak,kita layan gambar2 ni...hehe
Di depan Tian Nan Men Square,Pintu masuk ke Forbidden City..
nampak tak bangunan yang samar2 kat belakang kami tu..ha...itu lah Summer Palace
lupa plak,kami pergi sini juga..Masjid tertua di Beijing..Niujie Mosque...
Di hadapan sebahagian dari Great wall of China
Berbaju kurung,konon sambil beraya di perantauan ...hehe.. Bird Nest Stadium (tempat Olympic Games tahun 2008 di Beijing)
Ok... Tanggapan, beberapa hari di Beijing, perasaan sangat happy alhamdulillah sebab pergi dan balik dengan selamatnya..Dengan cuaca yang baik, tidak menyukarkan perjalanan kami dalam menikmati keindahan bandar Beijing.Cuma,bila tgok camner pemanduan mereka di atas jalan raya,kami agak suprise lah sebab main suka ati ja masuk jalan orang secara tetiba dan traffic light depa merah pun,depa main jalan je sesuka hati especially di shop street.(macam kat malaysia gak,cuma lagi hebat..hehe)..Dan bila beli barang dengan depa,sepatah haram pun tak gheti cakap omputih lagi2 kat kedai2 yang besar2... kalau kat market2 kecik tempat jual souviner tu,depa boleh lah cakap BM sikit2...mungkin sebab ramai pelancong..tp kalau kat kedai macam Watson tu,diorang tak minat kot nak belajar bahasa asing... then,bila ada berjumpa dengan rakyat Malaysia,or Indonesian,kami sangat happy dan boleh bersembang..mungkin sebab da 'sedara-mara', so seronoklah bila dapat jumpa di negara orang..
Melancong itu memang satu ibadah yang sangat baik.Kerana kita dapat merealisasikan ayat2 Allah yang mengatakan bahawasanya Bumi DIA ini sangat luas dan punyai rezeki yang banyak..lagipun,bila kita duduk kat tempat sendiri tanpa berjalan2 di negara orang,pemikiran kita akan rasa kekurangan kerana kurang pemandangan.Sebab apa kita suka gaduh sesama sendiri walaupun atas sebab perkara yang kecik? sebab kita tak pergi merantau ke tempat orang... kalau da merantau,baru lah kita dapat menghargai orang sekeliling kita..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment