'Kalau nak memilih kawan,kena pilih baik2..supaya kita dapat kebaikan dengan kawan kita tu..' itu kata mak masa saya mula nak dok kl untuk sambung belajar lepas SPM..setuju dengan mak,sebab apa yang saya lalui hari ini banyak nya kerana kawan-kawan sekeliling..Saya sayang kawan saya sama seperti saya sayang diri saya sendiri.. mereka lah kawan,sahabat dan pendamping setia untuk saya..susah senang sentiasa bersama dan yang penting they teach me a lot untuk kenal dunia di luar ni..seorang sahabat yang dah nak abiskan master ni,kalau dok dengan dia,memang tak pernah sunyi..ada jer isu yang dia nak bincang dan ceritakan..hmm.dan kini dia menjadi 'pembantu' saya...thanks fren....sorang lagi yang dah jadi bos kecik di satu IPTS plak,penuh dengan ilmu2 untuk handle projek2 modal insan,cakap jer kita nak handle xtvt apa,sure dia ada jer bersama idea2 kritis dan kreatif nya...hehe.dan paling best ritu,masa dia nak share sesuatu tentang sinopsis buku tentang our ex-PM.tak sangka dia boleh kaitkan dengan cerita Che det tu dengan the reality of ekonomi dan pendidikan... so touch lah beb!..ada 3 lagi kawan saya plak,kalau dengan mereka,memang tak pernah sunyi dengan gelak tawa..ada jer idea untuk membuatkan semua kawan sekelilingnya gembira dan ceria...dan kalau takde cerita yang mengembirakan,mesti ada jer idea untuk buat outdoor xtvt,ajak g silat lah,ajak g window shoppping lah,tgok wayang lah,teater lah,jogging la..my goodness!.then sorang lagi kawan saya,takkan lupa kenangan bersama nya sebab kami pernah pergi ke luar negara,menggalang amanat kawan2 untuk mendapatkan sebanyak2nya ilmu untuk dilaksanakan di bumi bertuah ini...dia seorang yang caring dan tak pernah pentingkan diri sendiri.tapi kesian kat dia sebab dulu saya banyak susah kan dia dengan 'kisah2' saya yang macam-macam,sampai dia tak de peluang nak cerita dengan saya masalah dia..hehe...sori yea kawan ko aka roomate ku!.tp yang terpenting sekali,kalau balik kampung dia,mak dia masak sedap..lepas makan,makan..lepas makan,makan lagi...huhu..tu yang tak boleh lama kat kampung dia,sure i gemuk u...tapi sekarang ni,saya dah tak nak susahkan roomate saya dah...saya dah mula belajar tulis dalam diari...wat ever i did,memang kena menulis supaya saya dapat luahkan segala isi hati saya..dan lagi satu sebab,'bos' saya mula menjadi mangsa saya untuk menceritakan apa yang berlaku setiap hari..hehe..dia yang nak..so,kalau saya sedih ka,marah ka,kecewa ka,nak merajuk ka,dengan dia lah tempat saya bercerita...tapi kalau melibatkan cerita tentang hati dan perasaan saya,tak boleh lah nak cerita dengan dia sebab kami lain gender..bahaya.nanti ada plak yang jeles..tapi 'bos' tu juga lah dalam kategori kawan,teman dan sahabat saya..thank you 'bos'!..dan ramai lagi kawan2 saya yang terdahulu dan d luar lingkungan 'bisnes' saya tetap menjadi kawan,teman dan sahabat.. yang pasti saya sentiasa gembira dan ceria kerana mereka semua..terima kasih pada Allah kerana mengurniakan kebahagiaan dan mendapat kawan,teman dan sahabat yang mulia untuk saya...
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya.”
Nak cari sahabat yang baik ?..
1.Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah pendamping diri kita dan jika kita dalam kekurangan, dia suka mencukupkannya.
2.Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menyebutnya.
3.Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
4.Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih kawan,teman dan sahabat yang baik,kita juga perlu menjadi yang terbaik untuk mereka.barulah semuanya akan sejahtera...amien
No comments:
Post a Comment